Aku meraba-raba handphone yang tak tau kat celah mana dengan mata tertutup..dah berapa ribu kali snoozed pun aku tak tau sebab aku rasa pejam mata sambil mimpi tu lagi best dari semua benda kat Bimasakti ni. Aku buka mata sebelah bila kaki aku dapat tangkap rupa bentuk yang macam handphone kat hujung kaki. Aku kepit handphone dengan jari kaki dan bawa ke tangan..
Aku tengok jam handphone dengan mata sebelah..pukul 8.07..gila apa!! Dah pukul 8.07!! Aku terus campak selimut lepastu capai bakul bawah katil dan berlari masuk bilik air macam orang sawan. Gosok gigi je sempat ni..tak payah mandi lah! Bukan orang tau aku mandi ke tak! Selama aku mandi pun tak ada pun budak kelas aku tanya aku mandi ke tak..cuci muka pun ala kadar je, tak payah pakai pencuci muka lah..dah lambat sangat ni..aku berlari lagi masuk bilik..capai t-shirt belang-belang merah hitam dengan jeans..alamak! Tudung lupa nak gosok! Apahal malang sangat ni?
Rembat Mas punyalah! Aku terus capai tudung Mas yang dah siap gosok kat pintu almari..
“Mas pinjam tudung!” Aku jerit kat dia yang tengah membuta..asal cakap dah lah..dia dengar ke tak belakang cerita. Dahlah tudung hijau dia je yang wujud kat situ..apahal minah ni pergi gosok tudung warna ni pulak? Tak ada warna lain ke ni? Adoyai! Belasah je lah pakai baju merah tudung hijau. Bukan haram pun walaupun nampak tak senonoh sangat gabungan warna tu.
Aku sumbat borang insert delete bodoh yang menyusahkan hidup aku sem ni dalam beg..tapi takkan bawak borang sehelai je dalam beg besar ni..maklumlah awal-awal sem ni pen sebatang pun susah nak wujud dalam hidup aku..kertas dengan buku apatah lagi..selalunya aku kena beli pen baru bila masuk sem sebab pen aku akan tiba-tiba menghilangkan diri bila je final exam habis..
Aku pusing kiri kanan dan nampak pisangMas atas meja aku. Aku pun sumbat pisang seikat dalam beg nak kasi berat di samping boleh di jadikan sarapan pagi hari ni.
“Mas aku pinjam pisang sekali.” Aku laung sebelum keluar bilik..
Aku berlari turun bawah lepastu cari skuter aku kat tempat parking..terus rempit keluar dari kolej..dah lah kolej aku jauh sikit dari kampus..manusia yang cipta kolej ceruk alam ni memanglah @#$^&^%$ (perkataan tu tak dapat di tayangkan kerana terlalu ganas)
Aku campak helmet kat skuter macam tu je lepastu berlari pulak pergi DK5..tempat kelas MicroP yang banyak membawa aku ke kancah pengmenggumpatan yang extreme..sungguh banyak dosa aku dengan MicroP ni nampaknya!
Aku masuk ikut pintu belakang perlahan-lahan..maklumlah dah pukul 8.20..kelas patut start pukul 8..tapi pukul 8 tadi aku sibuk mimpi. Nasib baik Puan Nordina tak perasaan wujudnya aku yang cantik secara tiba-tiba dalam kelas yang di penuhi rakan-rakan yang begitu bersemangat untuk mem’fail’kan diri dengan subjek 4 kredit yang banyak membawa musibah kepada makhluk-makhluk lemah seperti kami ini. Tapi macam mana dia tak perasan aku yang cantik jelita dengan baju merah tudung hijau dalam kelas ni? Agak ajaib juga kejadian pada pagi ini yer!
Lepas sejam lebih, akhirnya kelas ni habis dengan sepatah perkataan pun tak masuk dalam kepala otak aku. Tapi tiba-tiba dia sebut perkataan yang buatkan aku menggunakan otak yang dah 2 bulan tak pakai tu.
“Present project by next month okay!”
“Present project? Wei korang dah bagi group ke?” Aku tanya budak depan..ada lah 5 orang budak laki yang duduk baris tu..
“Dah lah..last week lagi dah bagi..project pun dah bincang..kau ni dari planet mana?” Tanpa tatasusila mamat depan ni kasi ayat kat aku.
Tidaaakkk!! Itu lah jawapan yang paling aku tak nak dengar sepanjang aku heret borang bodoh tu..
Aku pun terus turun jumpa Puan Nordinah kat bawah dan hulur borang tu kat dia.
“Tak tutup lagi?” Dia tanya pasal due date borang tu..
“Hari ni..sebenarnya saya daftar masuk kelas En Syaiful tapi dah penuh..kelas Dr Kamaruddin pun penuh jugak..tinggal kelas Puan je yang ada..” Aku sengih..walaupun sebenarnya dalam hati dah meraung-raung mengenangkan nasib malang MicroP ni..ni semua sebab aku terlepas prapendaftaran subjek hari tu..di tambah pula dengan ramai senior yang mengada-ngada ambil MicroP sem ni..cukuplah perisa aku berlari sana sini cari kelas nak masuk macam orang gilak..
Dia pun terus sign borang dan hulur balik kat aku..akhirnya dapat jugak aku ambil subjek ni..tapikan..
“Puan..saya nak masuk group mana?” Tanpa segan silu aku tanya..mana tau dia masukkan aku kat group-group yang memang dah fikir pasal projek tu dari 2 sem lepas..tak lah susah payah aku nak tolong fikir sekali..
“Puan..” Aku dengar suara lelaki dari banyak-banyak suara yang memekak kat belakang..kelas dah habis jadi semua dah nak balik..tapi nak balik pun bising macam nak perang..
“Balik je lah wei! Korang bising kat sini tak kenyang nya..baik gi memekak kat kafe..dapat gak telan roti canai sekeping dua.” Hati aku berkata-kata dengan lancangnya dari tadi lagi.
Aku tengok lelaki tu..dia pun tengok aku..bulat mata aku tiba-tiba bila otak aku dapat tangkap manusia kat sebelah aku ni..aku pun pusing belakangkan dia..
“Awak pun nak mintak sign jugak?” Puan Nordinah tanya dia..
“Saya masuk hospital masa pre-register..accident..” Dia bagi alasan..tapi aku tak peduli pun alasan dia tu..apahal dia masuk kelas ni jugak? Punyalah banyak lagi kelas-kelas yang lebih menarik dari ni..apahal wei?
“Okey.” Aku tengok Puan Nordina dengan redha nya sign borang dia tu. Alamak! Riwayat hidup aku dah tamat sampai sini je nampaknya. Patut ke aku ambil microP sem ni? Ke rela nak ambil sem depan? Dahlah busy dengan Projek lagi..camaner ni??
“Haa..awak tadi tanya group kan? Awak dengan dia satu group.” Selamba je Puan Dina kasik cadangan yang memang aku tak nak sampai akhir hayat.
“Saya tak nak!” Aku bangkang tanpa rasa berdosa tapi still belakangkan mamat tu.
“Kenapa pula?” Puan Dina tanya.
“Err..saya..saya..” Apahal otak aku tak mampu proses perkataan ni?
“Awak nak group sorang-sorang ke?” Puan Dina tanya lagi..
“Tak nak.” Cepat aku jawab. Gila apa buat projek microP sorang-sorang..mau pitam hari-hari.
“Awak boleh group dengan dia?” Puan Dina tanya mamat tu.
“Saya okey je.” Selamba dia jawab.
“Puan..saya..” Adoi! Tu je ayat yang boleh keluar dari mulut aku..
“Kalau ada apa-apa..awak discuss dengan dia.” Puan Dina blah macam tu je..tinggal lah dengan dia je kat situ. Puan Dina pun malas nak layan aku nampaknya.
Aku pusing sambil tutup hidung dengan mulut dengan tudung hijau Mas. 2 bijik mata je terkebil-kebil tengok mamat yang aku tak nak dengar nama dia pun sepanjang hayat aku ni. Dia macam terkejut tengok aku.
“Wei..serius aku tak nak group dengan kau.”
“Asal?”
“Sebabbbbb..” Ishh..nak je perkataan keji-kejian keluar dari mulut aku tapi aku masih sabar. Sunggulah aku tak tau yang aku macam ni punya sabar.
Tapi kalau aku maki dia kat sini, mesti dia tau siapa aku. Bukan ke misi selama 3 tahun aku tak nak kasi dia kenal aku ke? Apa punya bodoh entah aku ni.
“Sebab apa?” Muka dia masih pelik dengan aku.
“Hishh..susah nak story kat kau ni. Kesimpulannya kau ada backup group ke tak selain dari aku ni?” Aku dah alihkan tudung dari muka sebab nak mencekak pinggang.
Dia tengok muka aku, aku pun tengok dia. Rasa sejuk je mulut aku dengan aircond bilik ni. Tadi tak rasa sejuk mulut. Alamak! Apsal aku mendedahkan identity secara sukarela ni? Memang cari maut! Aku cepat-cepat tutup mulut dengan tudung.
Berkerut dari tengok apa yang aku buat. Kalau kening dia tercabut pun aku tak peduli.
“Err..tak ada. Budak lain dah discuss projek lah. Tinggal kau je.”
“Haaa..errr..alamak!” Aku garu kepala.
“Ni aku nak tanya..yang kau tutup muka tu apsal?”
“Haaa..saja nak buang masa.”
“Wei..aku fikir dulu lah pasal group tuh. Aku blah dulu.” Aku terus jalan cepat-cepat keluar DK5..kusut! kusut! Kusut!