<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Tuesday, December 15, 2009
~anaz (10)~

“Odie jom keluar.” Aku jerit kat Odie yang nampak macam tengah baring kat atas katil.

“Odie!” Aku jerit lagi bila tak ada respon.

“Haa.” Dia datang dengan handphone kat tangan.

“Jom keluar.” Aku ajak lagi.

“Tak boleh lar..aku dah janji dengan orang ni.” Dia jawab lepastu masuk dalam terus sambil bercakap kat telefon.

“Wei!” Aku panggil tapi dia buat tak tau je.

Alaaa, dia sekarang asyik busy jer. Entah amender yang dia buat pun tak tau. Dah lah aku tengah sedih ni sebab kena basuh baju dengan kemaskan bilik Lily sampai member group aku dah marah-marah sebab tak jadi meeting. Dah lah aku kena siapkan projek tu bulan ni tapi apa pun tak buat lagi. Setakat project paper je yang siap buat apa, takkan nak present paper je. Mau kena maki dengan lecturer Robotic aku.

“Berapa ribu kau bayar gaji aku sebulan?” Aku tanya Lily bila dia campak baju dia yang berbeg-beg tu kat tepi washing machine..

“Basuh je lah..banyak cakap pulak.” Dia jeling sambil peluk tubuh.

“Cantik atuk kau..basuh sendirilah!” Aku terus blah dari situ..malas nak layan perempuan sewel ni. Dah lah aku nak gi kampus ni. Budak group aku dah baper kali call ni.

“Anaz..apa bising-bising ni?” Mama datang marah-marah sambil cekak pinggang.

“Ma..anaz nak pergi kampus ni. Suruh Lily basuh sendiri baju dia.”

“Anaz..mama cakap apa malam tadi? Kan mama suruh basuh baju dia dulu. Apsal susah sangat nak buat ni?”

“Ma..anaz dah janji dengan orang ni. Basuh baju tu malam-malam ni pun boleh buat.”

“Buat sekarang mama cakap. Kalau tak, mama jual laptop tu.” Mama dah start ugut-ugut aku pulak.

Aku dah malas nak balas-balas cakap mama lagi. Aku pun terus pergi kat washing machine campak baju Lily dalam tu. Aku tak letak sabun dengan softner pun. Lantak lar!

Baju dia pun aku tak jemur..mama suruh basuh je. Aku tak dengar pun dia suruh jemur pun. Aku ikut cakap mama je.

“Kemas bilik aku sekali.” Dia cakap bila aku dah nak keluar bilik dengan buku Robotic. Aku dah siap nak pergi kampus.

“Tak der maknanya..” Aku terus lalu je..tak peduli pun dia kat depan pintu..

“Kau nak suruh aku campak benda ni kat bawah.” Aku pusing bila dengar dia cakap macam tu..aku tengok dia tengah pegang piala juara bola sepak..piala tu atuk cakap ayah aku punya. Tu lah satu-satunya harta yang ayah aku tinggal untuk aku. Dah berapa kali mama nak buang piala tu tapi aku berjaya sorok. Last tempat sorok aku kat bawah katil.

“Kau campak lah benda tu, kalau kau rasa nak tercampak sekali kat bawah.” Aku marah dia.

“Kau ingat aku bodoh macam kau ke? Kau berani ke nak campak aku kat bawah? Tapi aku berani campak benda ni.” Dia siap gelak lagi. Budak ni banyak sangat tengok cerita indon agaknya. Kalau dah jahat tu, jahat sangat-sangat. Tak pernah lah jadi baik walaupun seminit dua. Sengal betul!

Aku pergi kat dia. Try nak rampas, tapi dia betul-betul dah nak campak piala tu. Nak buat macam mana lagi, terpaksalah aku redha kemas bilik dia yang macam sarang anaconda tuh.

“Odie!” Aku panggil dia lagi.

Dia datang lagi. “Nanti lah cakap, aku busy ni.” Terus dia tutup pintu dengan tarik langsir.

“Odie..cakap lah dengan aku.” Aku cakap perlahan sambil nangis. Entah apsal aku rasa macam aku dah hilang dia. Kalau dulu aku kena dera pun, lepas cakap dengan dia aku rasa lega jugak tapi sekarang aku tak tau nak cakap dengan siapa. Nak cakap dengan Ain pun tak boleh. Dia tu 24 jam asyik sms dengan bergayut je. Nak minta tolong buat kerja pun tak boleh, memanjang je busy aku dengar. Masa mula-mula sampai dulu dia selalu tolong aku buat kerja rumah tapi sekarang lipat selimut dia pun harap kat aku.

*********************************************************************

“Kak boleh tak iron baju Ain..Ain balik lambat lah hari ni..mesti tak sempat iron baju nak pergi kelas esok.” Ain cakap bila aku baru letak beg atas meja study. Aku baru je sampai dari kelas.

            “Haa..akak baru nak suruh Ain iron baju mama. Tak sempat nak buat hari ni. Akak ada assignment ethics ni.”

“Laaa..akak. Ain tak sempat nak buat ni.” Dia dah buat muka sedih.

 “Ain kan tak der kelas hari ni. Nak keluar pergi mana?” Aku campak tudung atas katil dan ambil tuala yang tersidai sebelah telekung. Nak mandi.

“Ain nak keluar. Akak buatkan erk..bye.” Dia terus keluar macam tu jer..

“Hei..Ain..” Aku panggil tapi dia buat tak tau je..Ya Allah, apalah nak jadi dengan hidup aku ni?

Tapi yang bodohnya aku pergi iron juga semua baju dalam rumah tu..entah apsal aku ni baik sangat..sungguhlah aku heran!

*********************************************************************

Sem ni paling menyeksakan dalam hidup aku. Seksa aku nak habiskan projek, jadi maid lagi tambah pulak dengan Odie yang asyik tak ada kat rumah je.

4 bulan tu rasa macam lama sangat. Dah lah rasa macam aku sorang-sorang je dalam dunia ni, Odie tak ada, Nueq pula kat USM. Dia tu jarang balik rumah, kalau boleh nak balik satu sem sekali je. Jadi aku tak tau nak cakap dengan siapa kat rumah. Abah pulak memanjang je busy. Kalau tak, boleh juga aku bercakap-cakap.

Aku jalan slow-slow balik rumah lepas habis kelas petang. Dari jauh aku nampak kereta Odie kat tepi simpang nak masuk rumah aku. Baru aku nak jalan pergi kat dia, aku nampak Ain naik kereta tu. Diaorang gelak-gelak kat dalam tu sampai tak nampak aku kat tepi jalan tu. Punyalah bahagia sekali! Tetiba baru aku terfikir yang Odie dengan Ain selama ni. Patutlah dorang memanjang je tak ada, rupa-rupanya keluar sekali.

“Ain dengan Odie erk?” Aku tanya bila dia lepas mandi. Baru balik pukul 10 tadi.

“Akak dah tau. Tak payahlah susah-susah sorok lagi.” Dia senyum.

“Laa..buat apa sorok-sorok pulak. Bukan akak marah pun.” Aku tarik tepuk-tepuk bantal, dah ready nak tidur.

“Bukan ke akak suka Odie? Sebab tu kena sorok.” Dia campak tuala atas katil. Budak ni berapa ribu kali aku nak cakap jangan campak tuala basah atas katil.

“Bila masa akak suka Odie?” Aku kerut kening..tak tau pun aku suka Odie selama ni. Aku bangun ambil tuala lepastu jemur kat penyidai.

Dia dah baring atas katil sambil buka laptop yang baru beli.

“Nueq cakap akak dengan Odie.” Dia tak tengok pun muka aku.

Laaa..bila masa Nueq tau aku dengan Odie pulak ni? Patutlah selama ni dia asyik cakap pasal aku dengan Odie je. Aku ingat dia main-main.

“Dah tu..Odie pun ingat akak suka dia ke?”

Dia angguk..adoyai!

*********************************************************************

 

-Wei..aku tak der hal kau dengan Ain lah. Kau ingat aku jeles ke?- Aku SMS Odie..

-aku pun tak der hal kalau kau suka aku..haha- Dia jawab..

-agak-agak r..takkan aku suka kau plak-

-Ngaku je r..aku kan kacak tampan bergaya..tak pelik kalau kau suka aku pun- Dia balas..

-mengong- Aku malas nak layan..dia ingat dia hensem sangat apa? Tak kuasa aku nak layan mamat perasan ni..

Sejak-sejak Odie dengan Ain ni dia memang sangat jarang cakap dengan aku..kalau kitaorang start cakap kat balcony mesti Ain datang cepat-cepat. Lepastu aku terpaksa undur diri lah, kasi diaorang cakap je. Nanti Ain ingat aku nak rembat bf dia plak. Tapi aku memang rasa hilang Odie sekarang ni. Odie macam sangat serius dengan Ain. Kalau dulu, ramai mana pun awek dia..tapi dia baik jugak dengan aku. Sekarang ni semua pun Ain.

Aku tengok kereta Suzuki Swift berhenti depan pagar rumah pukul 10 hari Sabtu ni. Aku yang tengah siram pokok bunga mama pergi mengendap kat pagar. Nampak Shark yang pakai jeans dengan t-shirt Hacket baru keluar dari kereta.

“Hei..balik cuti ke?” Aku senyum sambil bukakan pintu pagar untuk dia..

            Dia angguk sambil senyum..langkah masuk pagar..

            “Nak jumpa Nueq?” Aku tutup air dan lap tangan yang basah kat seluar..

            “Tak..nak jumpa Lily..nak keluar.”

            “Oohh..” Tu je ayat yang mampu keluar dari mulut aku. Terkejut pun yer jugak. Maklumlah dah setengah tahun tak tengok budak ni. Tup-tup datang nak dating dengan Lily pulak.

            “Dah lama erkk dengan Lily?” Aku senyum. Kan dah cakap, budak ni suka Lily.

            “4bulan.” Dia jawab sepatah..

            “Oohh..baru lagi.” Aku jawab tapi geram je aku nak sambung. “Tak kenal lagilah perangai ‘suci murni’ budak tu.”

            Patut pun sejak dua menjak ni budak tu bersengih je. Rupa-rupanya dah dapat lelaki idaman.

“Rasanya dia tak siap lagi kot..tadi nampak baru nak mandi.”

            “Tak keluar?” Dia tanya aku..

            “Tak..banyak kerja lah. Tak sempat keluar. Rumah pun tak kemas lagi ni.” Aku senyum. Dah pukul 10 pun tak boleh kemas rumah lagi, maklumlah semua manusia pun baru bangun tido..camner aku nak kemas bilik diaorang?

            “Bro..lama tak jumpa.” Odie tegur Shark dari celah-celah pagar. Odie dah siap-siap nak keluar dengan Ain lah tu..Shark pergi kat pagar..

            “Baru balik?” Odie tanya lagi..

            Shark angguk..”Baru 2 hari.”

            “Camner State? Best tak?”

            “Biasa je..” Tu je jawapan Shark..disebabkan Odie cakap dengan Shark..aku pun sapu-sapulah laman rumah ni. Kalau aku yang tak berapa rajin ni buat, tak adalah orang yang rajin-rajin dalam rumah tu sudi pegang penyapu ni.

            Ain keluar cepat-cepat dengan kasut 3inci, handbag Fossil dengan baju Zara yang baru Odie belikan untuk dia tuh. Aku rasa sejak-sejak bercinta dengan Odie ni, semua pun barang tahap KLCC. Mau bankrap Odie tu kalau bercinta setahun lagi.

            “Ain keluar..baju Ain dalam bakul tau.” Tu je dia pesan kat aku. Nampak sangat nak suruh aku basuh baju dia lah tu..

            Aku pergi kat Odie dengan Shark..nak ajak dia masuk dalam. Rasanya lambat lagi Lily tuh. Baik masuk minum air dulu dari tunggu kat luar ni je.

            “Siapa ni?” Ain tanya Odie.

            “Shark. Ni Ain..gf aku.” Odie kenalkan Ain kat Shark..Shark nampak terkejut plak..

            “gf?”

            “gf aku ni..kau jangan ngorat dah lah..”

            Ain senyum kat Shark..Shark pun sama.

“Dahlah..aku nak keluar ni.” Odie dengan Ain pun pergi rumah Odie sebab kereta dia dalam garaj lagi.

“Masuk nak? Kat luar ni panas. Nanti akak buat air.” Aku cakap kat Shark yang nampak macam tercengang kat situ..

“Err..saya balik dululah. Cakap kat Lily tak jadi keluar hari ni.” Dia terus nak keluar dari pagar.

“Laa..nak balik dah? Tak lama dah Lily tu.” Aku pulak tolong Lily..apsal lah mulia sungguh hati aku sekarang ni. Feeling cinderela ke aper?

“Nanti saya call dia.” Dia keluarkan handphone dia dari poket..call orang..

“Apsal kau tak cakap kat aku dia dah broke up?” Dia tanya orang tu..lepastu terus naik kereta..blah macam tu je..

Tak faham aku budak ni!

*********************************************************************

Posted at 07:26 pm by NaSz-H
Comments (3)  

Thursday, December 03, 2009
~anaz (9)~

"Kau nak aku teman tak?" Odie berhentikan kereta sebelum pagar kondo Shark..ada pondok gurd kat sebelah kanan dengan 3 orang pak guard tengah berborak sakan.

"Teman je buat apa? Tolong kemas sekali lah.." Aku buka seat belt..

"Hek-elen..bukan Shark bayar gaji aku pun kalau aku kemas.." Dia bergerak ke depan sikit, dah tak bersandar kat kerusi sambil pegang stereng dengan dua-dua belah tangan.

"Aku ingat pompuan je material…laki pun sama jer rupanya.." Aku buka pintu kereta tapi sempat tengok muka Odie 2 saat..

"Giler kau tak material..saper tak suka duit weh?" Dia sengih..

"Aku." Aku angkat tangan kanan dan sambung ayat.."pun suka." Aku terus keluar dari kereta dia.

"Bye Yang.." Dia jerit dari dalam kereta…

"Kasut aku tu jangan lupa plak…" Aku mengendap dari cermin kereta sebelah dia yang memang terbuka..

"Tunggu aku merayu papa aku dulu.."

Aku cebik bibir…entah kurun keberapa masihi lah aku boleh dapat kasut tu kalau harap nak meraih simpati dulu…nasib baik awal-awal lagi aku dah set dalam kepala perkataan main-main je..dibuatnya aku tak main-main, mau hancur luluh harapan aku harapkan kasut tuh.

"Aku blah dulu…bye.." Aku lambai dari cermin kereta sebelum angkat kepala...dia pun lambai balas dan undurkan kereta untuk balik…aku jalan terus lalu pondok guard..

Aku buka pintu dengan kunci yang Shark bagi..pandang kiri kanan macam FBI masuk rumah Osama..lepas penat aku pusing kiri kanan, aku dapat mengenal pasti yang dalam rumah tu tak ada orang. Shark dah keluar kot!

"Mak aii! Ni rumah manusia ke?"  Aku jerit kuat-kuat. Dah macam tongkang meletop. Mata aku kat baju dengan seluar yang bersepah-sepah kat ruang tamu..sampai dapur pun ada baju jugak. Tin-tin air penuh atas meja..siap tumpah-tumpah atas karpet dengan meja lagi. Makanan ringan pun berterabur kat situ. PS yang penat aku kemas semalam, pun bersepah jugak. Yang tak bleh blah, pokok kaktus yang patutnya duduk kat beranda tu pun bersepah atas sofa. Budak ni buat apa ngan pokok ni plak? Dah tak ada benda lain nak buat mainan ke apa?  

"Hish! Sah-sah budak ni party semalam…arghhhhhh!!!"

Rasa macam nak sawan je tengok rumah ni..patut pun dia bayar aku mahal. Tapi kalau hari-hari macam ni, mau sampai pengsan-pengsan aku kemas rumah dia..

Aku garu kepala yang tak gatal..mana nak mula dulu ni? Aku pun kutip baju-baju dia satu-satu masuk dalam bakul. Nasib baik semua ni baju lelaki, kalau tetiba aku jumpa baju pompuan, tak pun bahagian dalaman pompuan ke..tak ke aku kira bersubahat ngan budak bertuah tu buat benda dot..dot..dot..

Aku tengok jam kat tangan lepas cuci baju dia..alamak! dah pukul 7.30. Aku nak solat maghrib tapi lupa bawa telekung..macam mana ni? Aku pun masuk bilik tamu dia..secara logiknya memang lah telekung takkan wujud kat rumah budak ni tapi aku belasah cari jer lah…mana tau teori logik aku tak boleh pakai…

Aku buka almari dia tanpa segan silu tapi tak ada apa-apa dalam tu..kosong je. Harap almari je besar tapi tak letak apa-apa pun kat dalam, baik sedekah kat aku jer.

Aku keluar dari bilik tamu tu..tengok bilik depan. Yang tu tak guna aku masuk sebab tu studio. Kalau ada telekung kat situ, tak taulah ayat apa yang mampu aku taip kat sini.

Mata aku terpandang bilik Shark, tinggal tu je harapan yang ada. Kalau tak..aku kena cari surau lah..

Aku buka pintu..jengah kepala kat pintu. Nasib baik dia memang tak ada..tapi bilik ni bersih macam yang aku tinggal semalam. Tinggal bilik lain tu jer bersepah tahap di landa tornado.

"Tumpang buka yer.." Aku cakap kat gambar Shark  yang tengah bersengih dengan kawan-kawan dia kat tepi katil sambil buka pintu almari..aku dah mintak kebenaran..

Aku nampak semua baju dia tersangkut rapi..aku pun belek satu-satu baju yang ada kat situ dan akhir sekali aku nampak telekung tersangkut sekali dengan baju dia. Nasib baik budak ni ada telekung walaupun agak pelik. Tapi ada aku kesah..janji ada sudah!

Aku ambil kompas yang jadi keychain purse, cari kiblat. Fuhh! Nasib baik semua ni ada masa ni. Kalau tak..aku kena turun cari surau kat bawah lah. Nak tumpang sembahyang kat rumah orang sebelah pun tak boleh sebab tak pernah berkenalan. Entah wujud ke tak orang sebelah ni sebab tak pernah jumpa pun.

Lepas solat aku sambung kerja. Sampai pukul 10 malam baru siap bersihkan rumah dia...

"Hai." Ada suara dari belakang tiba-tiba masa aku tengah berusaha kunci pintu rumah dia. Apa lagi terkejut big foot lar aku kat situ.

"Makk!" Aku jerit dan pusing belakang tengok manusia yang tengah senyum dengan dua-dua tangan masuk poket jeans dia..

"Dah siap?" Dia tanya lepas aku dah habis terkejut.

"Dah.." Aku angguk sambil tengok muka dia.

"Saya hantar balik."

"Haa? Err..tak payah susah-susah lah..akak balik sendiri jer." Aku geleng kepala tanda tak nak nyusahkan dia walaupun dalam kepala aku ni tengah gigih fikir nak balik dengan kenderaan spesis apa.

"Odie datang ke?" Dia tanya..masih senyum.

"Dia tu nak datang?" Terang-terang muka aku cakap Odie tu tak boleh harap. Aku berani kerat 20 jari kaki yang dia tak kan rela-rela datang semata-mata nak jemput aku kalau aku tak ugut nak bakar kereta dia takpun racun orang gaji dia.

            Dia macam tak percaya je aku cakap Odie tu tak boleh harap.  Punyalah aku tulus ikhlas kutuk Odie ni pun tak percaya ke? "Err..kalau macam tu saya hantar. Dia pun tak datang kan."

"Tak nyusahkan ke?" Cehh! Gedik lar aku. Tadi cakap tak nak nyusahkan, sekarang buat-buat tanya pulak..

"Tak pun. Dah makan?" Kitaorang sama-sama berjalan ke lif.

"Tak..tak sempat. Rumah suci murni sangat."

Dia gelak dengar aku perli. "Makan dululah. Saya belanja." Dia tekan butang lif.

"Tak payahlah..dah malam sangat ni. Akak nak balik tidur je." Aku tolak lagi..malas nak makan malam-malam..

"Okey." Dia angguk.

"Pergi mana tadi?" Aku tengok dia yang tengah picit-picit handphone.

"Jumpa member." Dia jawab sepatah. Lepas tu diam..

"Ooohh..girlfriend erk."

Dia senyum nak tak nak. Lepastu diam lagi..aku dengan dia jalan beriringan ke kereta..

"Tadi akak pinjam telekung.." Aku buka pintu kereta dia..dia tengok aku sambil buka pintu jugak..lepastu angguk. Budak ni dengan member-member dia bukan main cakap tak berhenti. Tapi dengan aku macam malas buka mulut je.

"Thanks..bye." Tu je ayat last kitaorang hari tu.

****************************************************************************

Sejak dari hari tu aku tak jumpa Shark lagi..bayar gaji aku pun pakai Nueq. Kalau dia nak suruh aku kemas rumah..dia sms je. Bila aku sampai dia memang tak ada kat rumah macam biasa.  Aku pun tak tau apsal dia macam tu..sibuk bercinta kot sekarang ni sebab tu lah tak ada masa nak jumpa aku..

"Lama Shark tak datang sini?" Aku tanya Nueq yang sibuk lap lampu kereta dia. Aku duduk depan pintu sambil tengok dia cuci kereta, nak tolong malas. Mampu tolong tengok je.

"Dia dah pergi US lar." Dia buat muka pelik apsal aku tak tau yang bos aku dah selamat sampai US. Raya tahun ni ada ler muka dia dalam mana-mana surat khabar, bagi ucapan raya.  

"Hek..tak tau pun. Bila?" Aku buat muka terkejut. Memang tak tau langsung ni.

"Dah 2 minggu. Hari tu kan orang hantar dia." Dia lap cermin depan pulak..

Aku dah pelik..tak ada pun bos aku tu cakap dia nak pergi mana-mana..tapi pernah ke dia report kat aku selama ni? Lagipun sejak-sejak aku masuk sem baru memang langsung aku tak ambil tau hal dia..dengan lebih tepat sejak-sejak dia bayar gaji aku..memang aku tak tau langsung apa jadi dengan budak tu..

"Haa..jadi ke Ain duk sini?" Nueq dah bukak balik topik sedara jauh dia Ain yang sebaya dengan Lily tu..tu sedara arwah mak dia.

            Disebabkan korang baru dengar nama Ain ni jadi dengan murah hati aku akan bercerita serba sedikit salasilah budak tu, dia tu duduk kat Batu Pahat dengan bapak dia. Tapi bapak dia tu agak tak berapa boleh pakai sebab suka berjudi..tak kiralah judi daun terup ke..judi sabung ayam ke..judi kuda longkang ke janji judi..dah tahap ketagihan terlampau terhadap judi lah kiranya bapak dia tu. Sebenarnya dah lama abah nak ambil Ain tu tapi bapak dia tak bagi sebab budak Ain tu lah yang tanggung hidup dia..budak tu lah yang kerja lepas sekolah semata-mata nak beli beras. Jadi kiranya budak tu atm dia lar. Sebab tu tak bagi pergi mana-mana.. tapi sejak-sejak bapak dia meninggal lepas kena belasah dengan along jadi abah ambil je budak tu duduk kat sini sebab dah tak ada sedara mara lain yang sudi nak jaga budak tu.

Dulu aku ingat hidup aku dah cukup tragis tapi rupa-rupanya ada lagi tragis dari aku. Memang juara lar kisah hidup dia, tahap boleh buat drama Rashid Sibir..huhu

"Jadilah..abah kan pergi amik dia hari ni."

"Laa..abah pergi Johor tu pergi amik dia ke?" Muka terkejut yang amat ketara dari Nueq.

******************************************************************

*

Abah dengan mama balik dengan Ain. Ni kali pertama aku jumpa budak ni. Selama ni kenal dari cerita abah je. Kecik je orangnyer, ada lesung pipit kat sebelah kanan, muka innocent yang memang suci murni lah.

“Kak Anaz.” Aku kenalkan diri kat dia sambil angkat beg dia masuk bilik aku. Dia terpaksa kongsi bilik dengan aku sebab Lily tak nak kongsi dengan budak ni walaupun dia pun tak ada kat rumah ni sebab masuk Matrik jugak. Aku bukan lah kisah sangat setakat kogsi-kongsi bilik ni, jangan kongsi laki dah lah..haha!

Lepas letak beg kat tepi almari baju..aku duduk atas katil dan suruh dia duduk sama. Aku tanya-tanya lah pasal dia masa cakap-cakap…dia ni memang sopan lagi lah, nampaklah perempuan melayu terakhir dia tu..tapi yang paling best bila aku dapat tau yang budak ni buat Diploma kat universiti aku..hoyey!! ada geng nak gi kampus hari-hari..taklah gi sorang-sorang macam selalu.

“Odieee!” Aku panggil Odie sambil duduk bersandar kat balcony. Ain tengah sibuk study atas katil jadi aku tak nak kacau. Lagipun dia baru je setengah hari duduk sini, aku tak nak lebih-lebih menyemak kat dia.

“Apa??” Dia keluar ke balcony sambil garu-garu dagu.

“Meh lar kita bergusip-gusip.” Aku jalan selangkah kedepan dan letak siku kat balcony.

“Sengal!” Dia jawab tapi langkah kedepan jugak dan berdiri macam aku.

“Wei..kau buat apa tadi?” Aku tanya.

Assignment..EMT aku tak siap lagi dowh..”

“Banyak lagi ke?”

“Banyak jugak lah..kau nak menghulurkan bantuan ke?” Dia sengih..

“Tak nak.” Cepat aku jawab..tak habis lagi soalan dia pun aku dah jawab tanda memang tak nak tolong langsung.

“Gini lar member! Masa suka je bersama!” Dia dah start buat madah-madah cintun kat aku..

Ada aku kesah?” Selamba aku jawab..

“Weii..asal tetiba aku nampak sorang pompuan cun sedang merewang-rewang dalam bilik kau..selama ni tak ada benda bernafas yang cantik pun kat dalam tu.” Dia macam mengendap-ngendap dalam bilik aku..aku pun pusing sama tengok bilik aku bila dia cakap macam tu..

Aku nampak Ain tengah ulang alik kemas buku dia kat rak buku aku..

“Ciss..kurang ajaran sungguh..bukan ke selama ni kau yang gila-gila ajak aku kawin ke?”

“Mulai hari ni aku tak nak kawin ngan kau dah..” Tak sempat dia habiskan ayat dia..”Haiiii?” Dia lambai-lambai dengan excitednya kat orang belakang aku..

Aku pusing lagi..Ain tengah berdiri kat belakang sambil senyum..

“Ain..tu Odie..musuh akak.” Aku kenalkan kat Ain…”Odie..Ain..” Aku cakap pulak kat Odie..

“Oooohhh..Ain..wei! kau tak pernah cakap pun pasal dia kat aku selama ni..” Dia marah aku..

“Dia baru datang hari ni lar..yang kau nampak gedik semacam ni apsal?” Aku sound dia..

“Mana der gedik..aku selalu cool je selama ni..”

“Err..Ain dah makan?” Dia tanya Ain sambil sengih-sengih..

“Dah..” Ain jawab sambil angguk..

“Laa..apsal makan awal sangat..abang baru nak belanja.”

Aku dah tak ble bla bila Odie buat ayat gatal dia..”Odie dah-dah lar tu..sikit lagi aku nak tumbang nie..bawak-bawak lah istighfar banyak-banyak. Ingat Tuhan.”

“Haa..Ain..lain kali kita cakap-cakap lagi erk. Tapi make sure mak nenek ni tak ada lah. Bye.” Dia terus masuk dalam..mesti nak sambung buat assignment EMT dia tu..

Aku pun masuk dalam..”Jangan layan budak tu..dia tu kurang vitamin.” Aku cakap kat Ain..dia senyum..

“Dia student ke Kak?” Ain duduk atas katil balik sambil tengok aku sangkut tudung kat sebelah telekung.

“A’ah..budak Engine..last year dah pun.”

“Mak ayah dia kerja apa?” Dia tanya lagi..

Aku duduk kat meja study dan buka buku Bendalir..”Diaorang ada bisnes sendiri..”

“Ooohh..mesti kaya kan?”

“Kaya lah kot..” Aku bukan kerja LHDN nak tolong kira pendapatan perkapita segala..jadi tak pernah pula aku amik tau hal-hal kaya ke tak ni..

Aku nampak Ain senyum dengar jawapan aku tu..

 

*********************************************************************

Selama seminggu aku pergi kelas dengan Ain tapi minggu ni dia selalu pergi dulu..tak sempat aku nak cakap apa-apa, tengok-tengok dia dah lesap.

“Odie!” Aku panggil Odie kat balcony..dah lama aku tak bercakap dengan dia..dia pun selalu je tak ada sekarang ni. Ntah apa benda yang dia buat pun tak tau.

Tak ada respond..aku panggil lagi. “Odie!” Tetap tak ada respond.

Aku masuk dalam capai handphone..call dia.

“Wei..kau kat mana?” Aku tanya bila dia jawab telefon.

“Err..aku kat luar ni. Apsal?”

“Tak ada apa-apa..saja je call.”

“Bye.” Dia cakap lepastu terus letak telefon. Mak aii..cepatnya letak..tak nyempat-nyempat!

Aku pun terus duduk atas katil sambil buat report lab..bila boring aku turun bawah..tumpang tengok tv yang mama tengah layan..dia tengah tengok Chuck.

“Esok jangan lupa basuh baju Lily tu.” Mama cakap tanpa tengok muka aku. Lily baru sampai rumah tadi dengan baju 2 beg yang tak berbasuh..

“Ma..esok Anaz pergi kampus. Buat hardware projek. Suruhlah dia basuh sendiri..bukan susah sangat pun..”

“Basuh baju dia bukannya lama sangat..lepastu pergi lah kampus sampai malam pun.” Mama dah start marah aku.

“Ma..apsal mama macam ni? Anaz dah buat semua benda selama ni? Tapi mama tak pernah puas hati. Anaz ni ada salah apa dengan mama sebenarnya?” Aku tanya mama..rasa sentimental tetiba. Yerlah, selama ni apa yang aku tak buat kat dalam rumah ni tapi mama tak pernah senyum pun kat aku. Dah tu aku nak buat macam mana lagi?

Dia tengok aku dengan muka marah..mesti dia nak tengking-tengking aku lah tu. Tapi tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah. Aku pun bangun buka pintu sebab tu memang termasuk dalam Job Description aku kat rumah ni.

“Sorry balik lambat.” Ain terpacak kat depan..dia terus masuk dalam pergi kat mama..

“Aunty sorry..Ain ada kelas sampai malam. Aunty dah makan?”

“Dah sayang. Ain dah makan? Kalau tak..aunty suruh Anaz siapkan.” Memang confirm aku dah jadi orang gaji rumah ni.

“Dah..aunty, Ain naik atas dulu lah.” Di aterus blah naik atas..aku naik atas jugak..lagi lama aku kat bawah, lagi cepat bergaduh dengan mama.

“Ain ada kelas? Bukan ke Ain cakap kelas habis pukul 4 ke?” Aku tanya dia bila masuk bilik.

Ada.” Dia jawab sepatah lepastu pergi mandi.

Macam tu je budak ni jawab. Baru duduk rumah ni 2 minggu dah jadi macam ni ke?

*********************************************************************

*******

Posted at 06:46 pm by NaSz-H
Comment (1)  

Wednesday, November 26, 2008
~anaz~ (8)

Lepas aku dah siap pakai baju yang Odie beli tuh…aku sarung rantai 'mutiara'…pastu gelak tengok muka aku kat cermin…

 

"Pandai jugak lah mamat tu beli benda-benda macam ni…" Aku puji dia…ikhlas jugaklah pujian tu…

 

Aku tengok balik cermin lepas pakai tudung…jeans, blaus merah, rantai dengan tudung krim bunga merah…'ayu' gak lah aku nih…hahaha!!!

 

"Odie!!!" Aku jengah kepala kat balcony…

 

"Aku dah siap…jumpa kat bawah…" Suara jer aku dengar…orangnya tak ada…

 

Aku jalan turun bawah…tengok jam kat tangan aku…dah pukul 3.15…aku kira deal lah plan ngan Odie sebab Shark tak datang pun jemput aku…gila klas orang gaji cam aku nih…keje pun bos kena berambil berhantar…

 

"Hai!! Pinjam baju saper tu?" Lily yang tengah duduk ka sofa sambil tengok TV sempat perli aku…tak keluar pulak minah tu hari ni…selalunya cam pantang duduk kat rumah…

 

"Kau ingat aku macam kau ke…pakai barang pinjam…tu pun kena pakai mama nak pinjam barang…" Aku balas cakap dia…

 

"Kau pehal? Nak cari gaduh ngan aku ke?" Dia tetiba datang kat aku sambil marah-marah...maklumlah orang baru lepas makan cili…memanglah emo semacam jerk!

 

"Excuse me…jauh sikit dari baju baru aku ni…karang melekat bau perfume pinjam kau tu…" Aku perli dia lagi…yerlah dia baru rembat perfume hadiah birthday yang abah bagi kat aku…macam biasalah guna mama…mama pun terpedayalah ngan muka setengah sen dia tuh…aku tak lah heran sangat ngan perfume tu sebab aku tak pakai perfume pun selama ni…buat sakit kepala jer ngan bau dia…tapi masalahnya tu hadiah birthday aku!…binawe punya budak!

 

"Kau ni kan! Sedarlah diri setakat menumpang kat sini…jangan buat macam ni rumah kau pulak!" Tu jer lah modal nak buat aku sakit hati…tak ngabis ngan menumpang…carilah modal lain...bukan lawan aku lah kalau pakai cerita sama jer bertahun-tahun nih…kalau kempen pilihanraya sure dah kalah nih!

 

Mentang-mentang ni rumah abah dia…duk lah cerita yang aku ni menumpang…kalau dulu sedih jugaklah aku dengar tapi sekarang dah lali otak aku nih…deria sedih aku pun dah tak sanggup nak berfungsi lagi…

 

"Hek-elen…kau pun sama jer menumpang…aper kau ingat abah dah tukar nama rumah ni jadi rumah kau ke? Rumah ni rumah abah lah…dia tak cakap paper…yang kau lebih-lebih tu apsal?" Aku cakap dengan relaks nya…

 

"Ni rumah abah aku tau!" Dia jerit kat aku…dah datang dah meroyan budak ni…

 

"What ever…emmm.....tepi sikit…aku nak gi dating nih…tak der masa lah nak layan kanak-kanak tak cukup protein yang tengah terpacak depan aku ni…" Aku tolak dia sikit pastu terus jalan…

 

"Wei Anaz!" Dia jerit nama aku…aku buat tak dengar jer…aku dah biasa gaduh ngan dia…apa kisah setakat suara terjerit cam itik tersepit pintu kecemasan jer…tak heran aku!

 

Aku tengah sarung kasut yang Odie beli bila aku dengar ada orang buka gate…aku terus toleh kat gate…Shark jalan masuk…

 

"Sorry…sorry sangat...jumpa Tok Babah tadi…" Dia rapatkan dua-dua tangan cam mintak ampun ngan aku…rasa macam raja pulak ada orang mintak-mintak ampun ni…

 

"Ehh…takper-takper…" Dalam bahasa purbanya…'beta dah ampunkan tuan hamba'…muahaahaa!!!

 

Dia cam terkedu jap pastu tengok aku atas bawah lepas aku siap pakai kasut…

 

"Err…boleh pergi sekarang?" Dia tanya aku…

 

"Err…sebenarnya akak nak keluar ni…"

 

"Naz jom…penat abang tunggu tau!" Muka Odie dah ada tepi pagar…Shark tengok Odie…cam terkejut jer tetiba ber'abang' ngan aku…

 

"Ehh Shark…datang jumpa I ke?" Lily pulak keluar dari rumah…dai berdiri sebelah aku…tersengih-sengih tengok Shark…

 

"Takder maknanya dia datang jumpa kau…dia nak jumpa aku lah…" Aku sound Lily depan Shark…merah muka dia tapi sempat jugaklah jeling aku…puas hati aku…hahaha!!! Cam gelak orang jahat dalam citer jer bunyi…

 

"Err…nak keluar dengan Odie?" Shark tanya…

 

Aku angguk…

 

"Sorrylah bro…gua pinjam dia jap…kena dating jugak-jugak ni…" Odie cakap kat Shark…amender lah Odie meraban 'dating jugak-jugak' tuh….cam desperate jer!

 

Aku dengar Lily gelak…"Sejak bila kau dengan dia ni?" Cam lawak sangat aku couple ngan Odie walaupun memang lawak pun…tapi bila dengar dia gelak…rasa cam nak baling jer pasu bunga mama tu atas kepala…suka hati aku lah nak couple ngan saper pun…bukan laki dia pun!

 

"Yang kau gelak cam kena sawan ni apsal?" Odie perli Lily…

 

"Aku happy jer ada orang nak kat Anaz ni…tapi kesian pun ada…mesti kau terpaksa terima dia jadi awek kau kan sebab dah tak ada orang nak kat dia…" Dia senyum jer masa cakap tu…

 

Nak jer aku ikat tangan kaki budak Lily ni ngan batu besar dari dia pastu campak dalam laut…

………………………………………………………………………………………………

“Aku ada jugak boyfriend…kau tu ada ke? Dari dulu aku tengok duk ngayat ikan jerung tu tak lepas-lepas pun…muahahaa…” Aku balas pastu bantai gelak…Odie pun sama…muka Lily tahan marah…


Shark tak ada reaction…cam terkedu dengan ayat aku…


“Naz…” Odie bagi isyarat kat aku…nak kena gi shooting nih…Cehh!! Cam pelakon lak rasanya…


“Sorry…esok akak gi erk…” Aku cakap kat Shark sebelum jalan  nak keluar pagar…

Ada orang capai lengan aku tiba-tiba…aku terkejut…aku tengok tangan kat lengan aku…tengok muka orang tu…tercengang tengok Shark yang pegang lengan aku tu…aku tengok pulak Lily…muka Lily lagi lah tambah-tambah terkejut…


“Saya potong 2 hari gaji kalau tak pergi hari ni…” Serius dia cakap kat aku…sampai ternganga aku dengar…tak sangka dia boleh cakap macam tu kat aku…nampak lah macam bos orang walaupun setakat cakap kat orang gaji kan


“Haa??” Aku dengar apa yang dia cakap tapi tu jer benda yang boleh aku cakap…

Dia lepas tangan dia…berdiri depan aku…


“Kena datang jugak hari ni…tak kira pukul berapa pun…lepas abis dating…call saya…saya datang amik…” Dia terus blah pas cakap…apehal bos aku tetiba jadi camtu? Gaduh ngan Tok Babah dia ke?


“Nazzzz!!!!” Odie dah jerit dari dalam kereta…

Aku jalan cepat-cepat gi kat dia yang dah ada depan rumah aku…Lily cam tak dapat menerima kenyataan Shark pegang lengan aku tadi…dia still berdiri kat tempat yang sama…

………………………………………………………………………………………………

“Oohhh…ni lah Anaz..” Tu ayat perkenalan aku ngan Tina…


“Yer lah…” Suara aku dah naik…penat Odie cakap nama aku tadi…lagi mau cakap ke ‘ni lah Anaz’…cakap sekali dah lah…Odie siku aku sambil bersengih kat aku pastu Tina…aku baru sedar aku pegang watak perempuan melayu terakhir…


“Hmm…saya Anaz…” Aku senyum plastik kat Tina…kitaorang sama-sama duduk kat Kenny Rogers IOI Mall…aku duduk sebelah Odie…


“You suka dia?” Tina tanya Odie…macam tak percaya je dia kalah dengan aku…hahaah!!!


Odie sengih jer…tak jawab apa-apa…


“You tak sayang I lagi?” Dia tanya Odie dengan suara lemah gemalai…


“Sayang tapi I tak boleh bantah cakap mama…” Odie pun balas ngan seriusnya…nak je aku gelak sambil golek-golek sampai meja sebelah…tak sangka member aku ni ada bakat terpendam…John Woo tolonglah amik member teman ni berlakon tak kiralah watak apa pun…sebab bakat dia ni dah sampai tahap international…dah terror sangat nih!!!


“You nak kawin dengan dia ke?”


“Terpaksa…” Odie jawab sepatah…


“Terpaksa? Sampai hati abang cakap macam tu tau….sebelum ni abang cakap abang redha jer kawin ngan Naz…Naz sedih nih…” Aku buat-buat sapu air mata dengan tisu…aku tambahkan tahap tragis drama ni…sebenarnya tak masuk dalam skrip pun…aku saja-saja nak kenakan Odie…siapa suruh gatal couple sana-sini…macam tak boleh cari pompuan betul-betul nak buat awek!


Odie dah cuak…sampaikan dia pijak kaki aku…hampeh tul!


“Naz…bukan macam tu…abang dah terima yang kita kena kawin…bukan terpaksa…” Tergagap-gagap Odie jawab…


“Tadi cakap terpaksa…sekarang tak pulak…abang memang suka main-mainkan orang kan…tengok Tina…dia ni suka sakitkan hati kita…” Aku cakap sungguh-sungguh kat Tina sambil konon-kononnya lap air mata…


Berkerut dahi Tina lepas dengar apa yang aku cakap…”Dia cakap dia terpaksa kawin tadi kan?” Aku tanya Tina… Tina angguk serba salah…


“Haa…Tina pun dengar abang cakap terpaksa…”

Odie pijak kaki aku lagi…


“Naz…janganlah buat abang macam ni!” Odie naikkan suara dia…


“Sampai hati abang naik suara kat Naz…ni tak kawin lagi…kalau kawin nanti mesti kaki tangan semua naik…Tina nak ke kawin dengan orang macam ni…mula-mula cakap sayang kat kita…lepastu marah-marah…lama-lama pukul-pukul pulak? Nak ke?” Aku sambung drama…ni je jalan nak suruh budak Tina tu blah Odie oii…


“Tak nak..” Jujur je dia jawab…


“Naz buat apa ni Naz?” Odie dah jelling kat aku…


“Tengok Tina…tanya pun macam nak marah…Tina…awak ni cantik…educated…kaya lagi…takkanlah nak orang yang suka marah-marah macam ni…Tina boleh dapat lagi baik dari Odie ni…ramai laki kat luar sana nak kat Tina tau…” Selamba je aku kutuk Odie depan dia…


“Pssttt…laki kat sebelah pun usha Tina dari tadi…” Aku bisik kat dia…Odie kat sebelah dah tukar macam-macam reaction…marah…geram…blur…semua cukup!


“Yer ke?” Dia sengih-sengih depan aku…


“Yer!!!” Aku dengan Odie sama-sama jawab dengan excitednya…aku pulak pijak kaki Odie…ada ke gi jawab camtu depan Tina! Benda macam ni yang bakal menyepoilkan plan yang aku reka 10 minit tadi…

....................................................................................................................................

"Kasut freeeeeee!!!!!” Aku jerit kat Odie dalam kereta…


“Giler lar plan kau Naz…cuak aku tadi…” Odie pulas stereng ke kanan…keluar dari parking…


“Lain kali biar ahkakkk ni yang plan benda-benda macam nih….” Aku angkat kening tanda menang…pompuan ni tak suka rasa tak selamat…dia nak laki yang dia rasa selamat je…bukan laki yang suka marah-marah…pukul-pukul lagilah tak nak!! Ada ke pompuan nak kawin ngan kaki pukul?? Lagi satu pompuan macam Tina tu kena puji tahap melangit-langit dulu pastu cakap lah yang Odie tu tak sesuai langsung ngan dia…dia boleh dapat laki yang hebat-hebat…terus Tina tu balik sambil sengih-sengih kat aku pastu say bye bye kat Odie…huhu!!!!


“Wei…aku kena pergi keje lah…bos aku cam depressed je hari nih…karang lesap duit belanja aku…” Tetiba aku teringat kat Shark bila nampak gitar dalam kereta sebelah…


“Depressed? Tadi okey je…”


“Ntah…aku rasa tetiba dia cam dirasuk Tarabas…walaupun jahat tapi macho…hahaha!!” Aku gelak…


“Amender kau nak sampai kat aku neh? Medulla oblongata aku tak berfungsi ke?” Dia buat muka confuse…


“Gi lah check up...aku rasa dah lama kau tak guna anugerah Tuhan tu…membazir je bagi otak kat kau…alih-alih pompuan cam Tina kau sangkut…” Aku sambung gelak…


“Cehhh…tarak guna punya member…”


“Aku hantar kau lah…” Odie sambung…


“memang patut pun kau hantar…” Aku redha jer kalau ada orang nak susahkan diri macam dia ni…

………………………………………………………………………………………………   

Posted at 08:05 am by NaSz-H
Comments (10)  

Monday, November 17, 2008
~anaz~ (7)

"Naz...kau kena tolong aku..." muka Odie cam cuak jer...

"Kau ni pehal?" Aku gosok mata kanan yang rasa gatal tetiba...baru jer aku nak duduk kat balcony ni dah ada yang minta tolong...apa ingat aku ni polis ke...berkhidmat tuk negara...

Aku tengok Odie yang tengah berdiri sambil kepala sangkut kat balcony...cam nak orang mati bini pas 2 hari kawin jer rupa dia...

"Kau kena jadi awek aku..." Dia angkat kepala...tengok aku..

"Wei...tu bukan tolong...tu malapetaka tahap 8.9 skala ritcher namanya..." Pehal nak aku jadi awek dia pulak? tak nak aku...

"Kejap jer lah...bukannya lama pun...nyamar jer..." Dia buat muka kesian...

"Lain kali...guna ayat nyamar tu depan-depan...tak lah aku terkejut gajah tadi..."

"Aku nak kau nyamar jadi awek aku kat depan Tina jer..." Sungguh-sungguh dia cakap kat aku...

"Tina mana lak nih?" Aku kerut kening...aku keluarkan kaki kat celah balcony pastu pegang besi tu ngan dua-dua belah tangan...

"Tina yang aku citer kat kau tu lah...penat aku citer sampai kering tekak pun kau tak ingat ke?" Dia marah aku...sia-sia jer aku kena marah sebab budak Tina ni...cehh!!

"Yelah aku dah ingat ni...awek kau kan ramai...macam-macam nama ada lah..." Aku marah dia balik...Tina nama budak yang kenal 3 hari ngan Odie dah ajak kawin...pastu jenis paksa-paksa pulak tu...5 minit sekali tefon...tak ke kurang waras budak tu...

"Budak meroyan tu pun kau nak layan...kau blah gitu jer lah..." Aku bagi cadangan...

"Tak bolehlah sebab dia tau rumah aku...mesti dia cari aku kat sini...aku dah nak maut ni Naz...tolonglah...pas dia percaya kau awek aku dah lah..." Dia buat muka kesian lagi...

"Yang kau cakap rumah kau mana tu apsal? tak ke kau pun sama kurang waras cam dia..." Aku marah dia lagi...

"Aku tak cakaplah...dia yang ikut aku ngan keta dia hari tu...pastu memang aku tersangatlah sure yang budak ni dot...dot...dot..." Dia garu kepala yang tak gatal...

Aku gelak..."Kau ni memang cari bala lah..."

"Naz tolonglah...aku dah cakap kat dia yang mama aku suka kat kau...dia suruh tunang ngan kau...kira kau ni pilihan mama aku lah...aku terpaksa ikut cakap mama aku sebab aku ni anak mithali...."

Percaya ke budak Tina tu pas dengar ayat anak mithali tu...kalau aku mati hidup balik pastu mati balik pun aku tak sanggup nak percaya...

"Pergh!! belum apa-apa kau dah siap skrip...aku tak cakap pun nak jadi 'awek' kau..."

"Nazzzzzz...tolongglaahhhh akuuuu..." Dia dah jerit cam orang sawan pig pulak...aduh! susah ada member tak cukup zat nih...

"Cium kaki aku dulu..." Aku naikkan kaki kat atas...

"Bukan kaki jer...tempat lain pun aku boleh cium..." Dia sengih...

"Kau...kalau bab camtu tetiba jer gatal erk...dah...aku tak mintak banyak...beli aku kasut nike dah lah...yang harga 300 tu...gila cun weiii..." Aku pulak yang sengih...

"Ginilah member...mintak tolong jer kena rasuah...ginilah..." Dia buat-buat merajuk...

"Kau nak Tina ke nak bagi aku kasut?" Aku angkat kening...

"Yerlah-yerlah...di sebabkan aku dah terdesak nih...aku mintak sedekah kat mama papa aku...kalau tak cukup...adik beradik...sepupu sepapat...makcik-makcik...pakcik-pakcik aku...nak cukup 300 tu..."

"Hek elen...buat ayat sedih pulak...aku tak kan bersimpati...kasut nike jugak..." Dalam hati aku dah bantai gelak...apa dia ingat aku ni jahat sangat ke nak suruh dia beli kasut tu...nanti esok-esok aku cakap balik lah...suruh dia belanja makan je...aku ni kan berbudi pekerti orangnya...hahaha!!!

"Bila nak jumpa budak tu?" Aku tanya dia...

"Esok..."

Haaa???" Gila cepat...aku ingat minggu depan ke takpun bulan depan jer...

"Tu lah aku dah tahap terdesak ni.."

"Yelah...jumpa esok..." Aku jeling dia...dia sengih kat aku...

"Wei...aku baru teringat...nak panggil kau apa erk? takkan nak cakap aku kau camni?"

"Dah tu nak panggil aper?"

Nampak dia cam menggunakan otak...eloklah guna...rasanya dah lama benda tu bersawang sebab tak di gunakan...pastu petik jari cam dah dapat idea...

"Kau panggil aku abang lah...nampak cam wanita melayu terakhir sikit..." Senang dia cakap...

"Abang????? what the heck..."

"Panggil jer lah...tak pengsan pun kalau panggil..."

"Memanglah tak pengsan tapi tak nak keluar dari mulut aku ni...aaaaaaa...setakat tu jer keluar..." Aku marah dia lagi...ada ke member dari tadika ni tetiba nak panggil abang...

"Nazzz...kau kena panggil jugak..."

"Ngada-ngada lah kau ni...abang pulak...panggil adik jer lah...tak lah rasa rimas sangat saraf tunjang aku ni nak sebut..."

"Wei...mana ada dalam dunia ni orang panggil pakwe dia adik...tu namanya aku sedekah diri aku ni kat Tina tu..."

"Yelah...aaaaa....tengok tak keluar lah...nanti aku tutup mata dulu baru sebut..." aku pun tutup mata pastu sebut abang...

"Aku tak leh tengok muka kau lah..sebab muka kau tu spoilkan sebutan aku...bertapa tak hensemnya kau...tau tak..." Aku gelak....

"Demi nak clash ngan Tina...aku redha jer kau cakap aku camtu..." Dia buat ayat sedih...nyampah aku...

"Weii...kau panggil aku abang...aku panggil kat Naz jer lah...kalau nak panggil sayang ke ayang ke nanti tak keluar jugak dari mulut aku ni...nak-nak pulak pas tengok muka kau..." Dia pulak bantai gelak...siot punya budak!!!

...................................................................................................................................

"Panggil cepat.." Odie ngarah aku…kata kena berlakon awal-awal sikit…esok tak lah tergeliat sangat lidah nak berlakon tu…

 

"Suka hati jer ngarah aku erk…tak nak panggil!"

 

"Naz…janganlah camtu…panggillah yang…" Dia pujuk aku…

 

"Sudah! Aku kecik hati.." Aku pusing kepala sebelah kanan sambil muncung mulut pastu silang dua-dua tangan…

 

"Alaaa…sayang-sayang…ingat kasut Nike yang…" Dia cakap cam pujuk budak umur 2 tahun sambil pegang besi balcony dengan dua-dua tangan dengan kaki terjuntai kat bawah….

 

"Sudaaaahhhhh!!" Aku still muncung mulut…tak tengok muka dia…

Tengah aku syok-syok buat drama sedih dengan Odie ni tiba-tiba handphone aku bunyi…

 

"Wei…'cut' jap…ada orang call lah…" Aku buat isyarat 'T' dengan tangan…bangun dari balcony jalan kat katil…handphone aku kat atas katil…nama Shark kat skrin…

 

"Yes bos?" Aku jawab…

 

"Err…esok datang pukul berapa?" Bos pulak yang tanya kuli…baik bos aku nih!

 

"Esok tak boleh lah…ada hal…hari isnin lah yer…" Terpaksa aku tak kerja semata-mata nak tolong budak Odie tu…clash pun aku kena tolong…tarak guna punya member!

 

"Hari isnin saya ada klas…" Slow jer dia jawab…

 

"Elok lah tu…tak payah susah-susah duduk kat swimming pool.."

 

"Hah…tapi saya nak ada kat situ…" Cepat dia jawab…

 

"Ooohh…tak percaya kat akak erk…jangan risaulah…akak tak jual barang rumah tu…kalau rumah tu ada gak niat nak jual…" Aku gelak…tak kecik hati langsung kalau dia tak percaya kat aku pun…kalau aku pun rasa tak selamat gak sebab aku ada kunci rumah dia…di buatnya datang hangin aku nak berniaga secara haram harta dia nanti…tak ke free jer kena pelangkung ngan Tok Babah dia tu…dah lah bayar orang cuci rumah mahal gila…orang tu pulak bantai jual sumer harta dia…abislah budak ni!

 

"Ehh…bukan-bukan…bukan macam tu…" Dia menidakkan cakap aku tadi…dah pulak!

 

"Dah tu…apesal?"

 

"Err…saya memang suka duduk kat swimming pool…saya tak kisah duduk kat situ pun…" Tu jawapan dia…aku garu kepa yang tak gatal…ni alasan spesis apa budak ni bagi kat aku nih? Tak pernah aku dengar jenis jawapan macam ni sepanjang hidup aku…memanglah ada orang suka berenang tapi tak lah suka bertapak kat situ sambil tunggu orang cuci rumah…baik gi tengok wayang ke…makan ke…dating ke…bercinta ke…cuci mata ke…menarik sikit…

 

"Kalau dah suka…akak nak cakap apa lagi…" Yerlah…dah suka kan... lainlah kena paksa ke…boleh gak aku komen panjang-panjang….kira hobi dia kot…

 

"Kalau macam tu…esok saya datang ambil kat rumah.." Tetiba suara budak ni cam happy jer…happy sangat ke rumah kena kemas?

 

"Tak payahlah…akak pergi sendiri je…" Tangan aku pun gerak sekali kiri kanan…tanda tak nak…macam lah dia nampak aku buat camtu…

 

"Tak per…saya tak buat apa-apa pun esok…" Beria-ia nak ambil aku budak ni…

 

"Bukan susah pun nak pergi sendiri…akak boleh naik bas je…" Aku tetap tolak cadangan dia tu…

 

"Kalau saya ambil…cepat sikit boleh start kemas…"

Mak aii…dah tahap tongkang pecah-belah ke rumah dia ni sampai tak sabar-sabar nak aku kemas rumah ni…rasanya baru pagi tadi aku kemas…buat party ke aper kat rumah tu? Ni rasa macam nak bagi ceramah kat budak-budak nih…tak der keje lain lah…asyik nak seronok…nak party je…buatlah baca yasin ke...sembahyang jemaah ke…ada gak pahala…emo pulak aku tetiba!

 

"Yer lah…" Aku ngalah sebab tak tau nak cakap apa lagi…

 

"Okey…emmm…pukul 10…"

 

"Ehhh…tak boleh-tak boleh…datang petang sikit…pukul 4 lah…" Aku ada mission imposible dengan Odie esok…jadi kena masuk shift petang…

 

"Okey…"

 

"Okey…" Aku cakap…

 

"Saya datang pukul 4…" Dia cakap lagi…bila nak cakap 'bye' nih?

 

"Yer lah…datanglah pukul 4…"

 

"Okey…" Dah 2 kali Shark cakap okey…

 

"Bye…" Aku cakap dulu sebab nak harap budak ni sampai esok pun duk okey lagi…aku kena sambung lakonan pulak ni…sorry! Tak leh cakap panjang-panjang…

 

"Bye…assalamualaikum…" Dia jawab…

 

"Waalaikumussalam…" Aku terus letak phone…

...................................................................................................................................

"Naz!!!!" Odie jerit dari balcony rumah dia…aku dah ready nak gi berlakon nih…tapi sempat jugak aku baring atas katil sambil SMS member aku yang sibuk tanya pasal borang insert delete sebab dia nak tolak subject next sem…

 

"Jap!!!" Aku jerit balik…

 

"Sini lar!!!"

 

Aku bangun dari katil…gi kat balcony…

"Jom…dah siap nih…." Aku ajak dia…

 

"Tina tak boleh jumpa sekarang lar…dia cakap ada hal…pukul 3 pulak…" Perlahan jer suara dia…tengok aku pun sipi-sipi jer…mesti takut aku marah...memang marah pun!

 

"Aper????? Ni boleh mendatangkan marah!!!!" Aku bulatkan mata kat dia sambil cekak pinggang…

 

Dia sengih…"Sabar Naz…sabar…"

 

"Sudaaaahhhhhh…aku marah jugak…"

 

"Haaa…haaaa…aper 'aku'..'aku'??…abang tau…" Dia pulak marah aku…

 

"Aku dah tak der mood nak panggil…awek kau ni nyusahkan orang lar.."

 

"Ex lah…bukan awek…"

 

"Mana ex lagi…baru nak gi dapat title ex tuh…tu pun kena wat drama penglipurlara bagai…" Aku jelling dia…dia sengih je…

 

"Ehhh jap…kul baper kau cakap tadi?" Aku tanya dia balik…

 

"Abang lah…abang…" Nak jugak aku panggil abang…

 

"Yerlah.-yerlah…abang…" Nak tak nak jer aku sebut abang tu…

 

"3…" Dia jawab sepatah…

 

"Wei…aku keje kul 4…"

 

"Haaa…'aku' lagi!!!" Dia marah lagi…

 

 "Aduh!!!!! Kusut aku ngan kau ni tau…" Aku garu kepala dengan dua-dua tangan…

 

"Aku lagi!!!" Tak ngabis ngan drama dia…

 

"Arghhhh!!!! Naz keje kul 4 abang…" Aku jerit kat dia…

 

"Haaa baru betul…alaaa…nanti abang cakap kat Shark…tak kan member pun tak leh kira cincai kot…"

 

"Banyak kau punya cincai…bukan kau yang bayar gaji aku pun…"

 

"Abang lah!!!"

 

"Odieeee!!!!! Baik kau diam sebelum aku tukar jadik increadible hulk colour merah…huh!!!!"

 

"Naz…janganlah begitu…sakit mata abang yang hensem ni tengok ayang meracau cam orang sawan…"

 

"Cilakak punya member…"

 

Dia gelak…"Kira deal erk kul 3…" Dia angkat dua-dua ibu jari tangan…

 

"Aku roger-roger bos aku jap…"

 

Aku masuk dalam…ambil handphone atas katil…pastu call Shark…masuk voice mail…wei! Mana lak mamat neh...aku try lagi…sama gak…missing in action pulak bos aku nih!

 

"Masuk voice mail lar!!" Aku jerit kat Odie…

 

"Kira deal jer lah!!!" Odie balas…aku gi balik kat balcony…

 

"Suka-suki abdomen kau nak deal camtu jer…"

 

Dia sengih nampak sumer gigi…."Haaa…satu lagi… nak gi pakai camni jer ke?" Jari telunjuk dia tunjuk atas bawah kat aku…

 

Aku tengok baju aku…t-shirt kelabu ngan jeans…apa yang tak kena ngan baju aku? Biasa jer aku rasa…baru beli 2 bulan lagi baju nih..

 

"Apsal lak?" Aku angkat dua-dua kening…

 

"Kureng perempuan melayu terakhir…"

 

"Cehh!! Takkan kau nak suruh aku pakai baju kurung pulak…"

 

"Tak lah gitu…pakai yang cam pompuan sikit je…"

 

"Lagi sekali boleh mendatangkan marah!!" Aku jelling dia…

 

"Tapi kau jangan risau…aku dah tau kau nyer skala feminin tu memang sipi-sipi je nak lulus…jadi aku dah mempersiapkan fizikal dan mental…haha.."

 

"Aper kau meraban neh?" Aku kerut kening dengar ayat kutukan dia tu…

 

"Jap…" Dia angkat dua-dua tangan tanda suruh aku tunggu…

Aku mengendap Odie kat dalam rumah dia tapi tak nampak apa-apa sebab nyemak ngan langsir kat pintu…tak lama lepas tu dia keluar bawa 2 paper bag…

Dia senyum kat aku…aku dah suspen…idea dia ni selalunya tak leh di terima otak yang waras!

 

Dia baling satu-satu paper bag tu kat balcony aku…dari kecik duk main baling-baling barang jadi skill membaling kitaorang memang dah tahap advance lar…tak der hal setakat baling paper bag…kalau katil tu boleh baling…dah lama kitaorang tukar-tukar katil…hahaha!!!

 

Aku ngendap isi paper bag…baju! Aku keluarkan baju tu…blaus merah…aku tengok dia…

 

"Pakai baju tu lah baru nampak cam girlfriend mithali…"

Aku cebik bibir…siap ada rantai lagi…

 

"Pergh!! Sejak bila kau reti beli rantai ala-ala mutiara besar-besar neh?" Aku tengok dia dengan perasaan kagum yang amat sangat…

Dia letak jari kat dagu…posing maut cam macho konon-kononnyer…"Setakat match-made baju tu apa sangatlah…cam makan kacang dhal jer…"

 

Aku buat-buat cam nak muntah…aku buka lagi satu paper bag…ada kotak lasut dalam tu…high heel???

 

"Haa…tu wajib pakai…" Sebelum aku buka mulut dia dah cakap dulu…

 

"Hek-elen…setakat kasut seinci ni aper sangat lah…3 inci pun aku pernah pakai masa berlakon drama sekolah dulu tau…" Turn aku pulak nak bangga diri…

 

"Legaaa!!! Ingat tak nak pakai tadi…" Dia sengih…

 

Terpaksalah aku pakai benda-benda yang dia beli ni…sanggup beli semata-mata nak lari dari Tina ngok-ngek tu…bertapa dahsyatnya dia tu agaknya!

………………………………………………………………………………………………

Posted at 08:45 am by NaSz-H
Comments (11)  

Wednesday, November 12, 2008
~anaz~ (6)

Lepas aku siap buat breakfast aku terus keluar rumah...nak gi rumah Shark...semalam dia cakap datang pukul 9...aku jalan masuk villawangsamas...kena soal jawab dengan pak guard seround baru boleh lepas...nasib baik Shark bagi resident card kat aku...tak payahlah aku susah payah panggil dia nak tekan lif nih...sebab kena pakai scan kad baru boleh tekan lif...ngada-ngada betullah!

Aku buka kunci rumah dia...macam tak der orang...aku rasa dia dah keluar lah...takkan dia nak duduk sekali ngan aku pulak...aku tengok living hall dia sampai ternganga pastu geleng kepala...living hall orang bujang lah...PSP, tefon, laptop, mug sumer atas meja...wayar bersepah-sepah...bantal pun tonggang-langgang...kat TV pun ada wayar playstation lagi...entertainment break betullah budak nih...

Aku letak backpack aku atas sofa L shape tuh...memula...kena jalan-jalan melihat alam dulu....aku buka langsir yang tutup balcony pastu bukak pintu balcony tu...barulah ada udara masuk...aku pun gi jelajah bilik paling dekat ngan living hall...ada 5 gitar dalam tu...bilik tu cam dah renovate jadi studio pulak aku rasa sebab sumer pakai cermin kalis bunyi...sini pun wayar gitar bersepah jugak...nasib baik dia bayar aku mahal...kalau tak...aku rembat ler gitar budak nih...buat jual...huhu...

Sebelah bilik ada bilik air...depan tu ada bilik tido...cam bilik tetamu jer..ada katil ngan almari...bilik ni bersih...tak bersepah...aku jalan gi depan...buka pintu master bedroom...aku geleng kepala lagi...jeans ngan baju bersepah atas lantai...lepas tu mata aku tengok kat atas katil...Shark tengah tido...tak pakai baju...aku terkejut pastu jerit kuat-kuat...

"Arghhhhhhhhh!!!!!!!!!" Shark terus buka mata bila dengar aku menjerit....aku pun terus lari lintang pukang macam orang baru lepas tengok dracula kat atas pokok....

Aku lari kat living hall pastu buka pintu...terus keluar rumah...aku berhenti kat depan lif...termengah-mengah aku kat situ...gila seram kejadian tu!!!

"Kena balik ke ni? tapi beg aku kat dalam...." Aku cakap sorang-sorang sambil pegang dada sebab semput...

"Anaz!!" Aku dengar Shark panggil...lepastu nampak muka...dia jalan sambil sarung sleeveless warna putih pastu pakai seluar pendek warna biru...

Dia betulkan rambut dia yang bersepah tu...

"Sorry...i totally forgot..." Dia tengok aku...

"Pastu...sekarang ni camaner? akak balik jer lah..." Aku bagi cadangan...yerlah...takkan nak kemas rumah time dia ada pulak...tu namanya gatal nak kawin!!!

"Ehh...takper...tunggu jap..." Dia jalan masuk rumah dia...aku ikut sampai depan pintu...pastu tunggu kat situ...

Lebih kurang 15 minit lepas tu...dia keluar dengan towel...

"Saya kat swimming pool..." Dia senyum kat aku...aku pun senyum balik...nasib baik ada swimming pool rumah dia ni...

.................................................................................................................................. 

Aku start dari living hall...kemaskan atas meja yang bersepah tu...aku keluarkan post-it yang ada macam-macam warna dari dalam beg...aku lekatkan kat atas meja...

basuh mug lepas guna...jgn letak atas meja ni bantai 2-3 ari...jenuh akak nak tonyoh mug tu tau...Hurmph

Aku lekat pulak kat laci...

PSP ngan playstation dlm ni...Wink

Pas siap kemas living hall...aku gi kat dapur pulak...dapur ni tak lah teruk sangat sebab gerenti budak ni tak masak...aku nampak ada kotak pizza ngan Mc'D jer dalam tong sampah...sah! tu jer lah makanan dia...aku buka peti ais...ada air tin jer dalam tu...macam tak payah beli peti ais ni...aku lekat post it lepas kemas apa yang patut kat sini...

jgn minum coke byk sgt lah...minum air masak...akak dh masak air...

Aku tampal kat peti ais...pastu aku kemas studio dia pulak...aku susun elok-elok sumer gitar dia...wayar-wayar yang berserabai tu aku betulkan sikit...nampak macam rumah orang lah lepas kemas ni...taklah cam kandang kambing jer...

Aku masuk bilik dia...ni part paling tragik tadi...tapi sebenanrnya bilik ni tak lah semak sangat...cuma baju dia jer merata-rata...lepas kutip baju dia ngan kemas katil...dah okey lah...

campak kain kotor dalam ni...xyah baling merata lah...Hurmph

Aku tampal post-it kat bakul kain...lepas vakum...keje aku dah settle...jadi aku boleh balik...hahaha!!!

Aku call Shark sebelum balik...kesian budak tu terpaksa bertapa kat swimming pool....nasib baik aku kemas 2 jam jer...

"Akak dah nak balik...dah siap kemas..." Aku cakap kat dia....

"Tunggu saya datang jap..." Dia balas....pastu terus letak...tak sempat aku nak balas...hampeh tul!

Aku terpaksalah tunggu dia kat luar rumah...tak lama lepas tu...dia datang...dah siap mandi....

"Balik dengan apa?" dia tanya aku...masa tu dia tengah berdiri depan aku...

"Bas..." Aku jawab sepatah...

"Saya hantarlah..."

"Ehh...tak payah...akak boleh balik sendiri..." Aku tolak niat baik dia tu... 

"Saya hantar..." Dia cakap lagi sekali...terus masuk dalam rumah...tukar baju ngan seluar pastu keluar balik...aku tak sempat cakap apa-apa tadi...apehal budak ni? cam pelik jer aku rasa...aku rasa dia ni baru mengalami proses tumbesaran otak lah...tu yang agak ajaib sikit jenis perlakuan dia tu...

"Kita lunch dulu..." Dia cakap lagi masa kitaorang berhenti kat lif...aku tengok dia...dia pun tengok aku...

"Tak payah lah..." Aku tolak lagi niat baik dia tu...kitaorang sama-sama keluar lif pastu jalan kat keta dia...

"Saya nak belanja...lagipun gaji saya bayar seratus jer kan..."

"Tu sebab akak yang nak bukannya Shark yang nak bagilah..." Dia bukakan pintu keta tuk aku...mak aii!! gila gentleman budak nih...siap tolong buka pintu keta lagi...kalau Odie, dia yang suruh aku buka pintu keta dia adalah...tak boleh harap!

Aku masuk dalam keta dia...dia pun sama...

"Tak perlah...kita makan dulu..." Dia pulak tolong decide tuk aku...buat abis air liur aku jer cakap tak nak tadi...

..................................................................................................................................

Posted at 10:21 am by NaSz-H
Comments (9)  

Friday, October 31, 2008
~anaz~ (5)

"Odieeeee!!!!!" Aku jerit kat bilik dia...pintu dia dah buka...mesti dah bangun tido...aku dah lama bangun...aku tak tido balik lepas Subuh tadi...siapkan assignment pastu study tuk test esok...mama, abah ngan Lily balik kampung...Lily kena paksa sebab cuti sekolah...Nueq kat matrik...aku lah raja rumah ni...hahaha!!!

"Apa????" Dia jerit balik...aku tak nampak muka dia...tiba-tiba dia keluar sambil gosok gigi....

"Kau nak breakfast tak??" Aku tanya dia..mama ngan papa dia pun tak ada...outstation lagi...mama ngan papa dia ada bisnes jadi selalu pergi China...jumpa supplier..dia ada maid tapi cam tak der jer aku rasa sebab dia tak suka makan apa yang maid dia masak...dia cakap tak sedap...kurang asam keping betullah!!!

"Nak lah...kau masak apa??"

"Nasi beryani..."

"Perghh!! gila lar Naz...masak beryani pepagi...tengahari ni mesti dapat nasi minyak pulak..." Dia cakap sambil bersembur-sembur...tak senonoh lah mamat ni...

"Kau nak kambing ke ayam??" aku tanya dia lagi...

"Kalu nak kambing...aku gi sembelih sekarang..." Aku sambung lagi ayat tu sambil gelak...

"Cehh...kau masak apa sebenarnya nih..." Dia cam bengang...aku still gelak...

"Aku tak weng lagi nak masak beryani pepagi buta nih...aku buat cekodok bilis jer lah...kau nak tak??"

"Boleh lah...dari tak der..." Dia terus masuk dalam...

Aku tunggu Odie kat kerusi batu luar rumah...tepi rumah dia jugak...aku bancuh air milo dengan cekodok...tu jer idea yang ada pagi-pagi ni...malas aku nak masak best-best...aku ngan dia jer pun yang nak makan...

"Weii..." Dia cakap sambil menguap...

"Kau tido kul baper??" Aku tengok dia duduk depan aku...

"3..." Dia jawab sepatah lepas tu amik cekodok masuk mulut...

"Kau buat apa?? Keluar ngan awek erkk??"

"A'ah...aku gi bercinta tapi aku lemas lah ngan pompuan tu...tak abis-abis ajak aku gi rumah dia....dia cakap parents dia tak ada..apa dia ingat aku ni spesis dot dot dot ke..."

Aku gelak...

"Kau kan memang spesis dot dot dot...apsal tak ngaku lak ni...awek tu tak cun erkk??"

"Sampai hati kau tuduh aku begitu...aku sungguh sedih sekali..." Dia dah start cakap cam Nordin Ahmad ni yang aku lemah ni...padahal citer pakcik tu tak pernah tengok pun...setakat hafal pantun dagang pak malau tu jer...

"Minum air ni...aku memang saja buat manis-manis...ada sikit energy nak nangis..." Aku hulur air depan dia pastu amik cekodok...

Aku nampak macam ada orang kat depan gate...kitaorang duduk kat tepi rumah jadi aku boleh nampak lah dari kerusi ni...

"Ada orang datang lah..." Aku cakap kat Odie pastu bangun...jalan kat gate...aku nampak Suzuki Swift warna biru Shark...dia berdiri depan pagar pastu senyum tengok aku...pas abis sekolah dia masuk INTEC buat ADFP...katanya setahun...tu pun aku dengar citer Nueq jer...dia kan dapat 11A masa SPM...logik lah masuk situ...aku pun heran lah ngan budak ni...nampak cam relaks jer...siap gi jamming...main tennis tapi SPM gempak gila...makan apa dia ni??

"Assalamualaikum..." Aku cakap kat dia...aku dalam rumah bagi salam kat orang luar rumah...

"Waalaikumussalam..." dia jawab...

"Err...Lily dengan Nueq tak ada..." Aku bagi tau dia...aku rasa dia tak tau kot...

"Saya bukan datang nak jumpa orang yang tak ada tu..." Dia jawab...

"habis tu nak jumpa saper??" Aku dah kerut kening...Odie kot...tapi rumah Odie kat sebelah...takkan jumpa aku pulak...

"Saya nak jumpa orang yang ada lah..." Dia senyum lagi...kali ni budak ni tak gagap lagi...dah hilang kot penyakit gagap dia tu...

"Akak jer yang ada kat sini..." Aku jawab sambil kerut kening...

"Awak pun bolehlah..." Awak??? pehal pulak dia cakap saya awak pulak ngan aku nih???

"Kenapa nak jumpa akak??" Aku tanya lagi...serius aku tak leh pikir apesal dia nak jumpa aku...

"Boleh saya masuk??" Dia tanya aku...

"Err...masuklah...dah breakfast??"

Dia geleng kepala...

"Jomlah...makan dengan Odie sekali...tapi akak buat cekodok jer...boleh ke??" Serba salah pulak aku nak bagi makan cekodok kat budak ni...bukan haram ke aper budak lord ni makan cekodok tapi mesti dia nak benda best-best...aku rasa lah!!

"Saya makan semua yang awak masak..." Aku sengih tapi cam tak ikhlas...budak ni dah sampai tahap pelik nih...rasa cam ngorat aku pun yer gak...hahaha!! boleh pulak aku perasan pagi-pagi ni...ada ke budak baru abis sekolah ni nak kat aku...apa punya taste lah budak ni...

...................................................................................................................................

"Duduk dulu…akak amik cawan…" Aku cakap kat Shark sebelum sampai kat meja yang Odie tengah duduk…

 

"Saya nak amik gitar dalam bilik Nueq…"

 

"Oohh…datang nak amik gitar…takper lah…Shark duduk dulu…akak tolong amikkan…warna apa?" Aku tanya dia sebab cam banyak jer spesis gitar dalam bilik dia tu…kitaorang sama-sama jalan kat pintu…

 

"Tak perlah…saya boleh amik sendiri…" Nak jugak amik sendiri…aku nak tolong pun tak nak…

 

"Okey…kalau macam tu…tolong amikkan cawan sebab kita tak boleh ada dalam rumah sekali…nanti Shark kena kawin free dengan akak…" Aku gelak sambil cakap…

 

"I wish…" Ayat dia mati setakat tu jer…terus tak sambung lepas dia tengok aku…pastu dia senyum…aku pun senyum lah balik….walaupun muka blur jer…apa-apalah dik!

 

"Err…Nueq cakap nak cari keje kan?" Dia berdiri depan aku…separuh jari dia masuk dalam poket jeans…cakap pun ngelak tengok muka aku…tapi lagi baik dari dululah…kalau dulu cam cakap ngan bakal mak mertua jer…gabra tahap apa pun aku tak tau…

Budak Nueq ni pun satu…sumer pasal aku dia gi citer kat Shark ke? Shark ni best friend aku ke best friend Nueq? Citer hal dia dah lah…

 

"A'ah…cuti sem ni…tak der buat apa pun…tengok lah…akak keje kat fast food kot…" Aku dah biasa keje bila cuti sem…lagi baik dari ngadap spesis asing dalam rumah ni…setakat keje fast food tu aku dah lali dah…Mc'D, KFC, Burger King, Pizza sumer aku dah rasa…sampai aku dah tak lalu nak makan fast food…

 

"Err..saya ada keje…gaji boleh negotiate…" Tiba-tiba dia cakap…

 

"Keje apa?"

 

"Kemas rumah…sejam RM200…cukup tak? Ke nak lebih?" Aku sampai ternganga dengar…gila lar…kemas istana mana yang kena bayar sejam RM200 nih…tapi tu bukan bulan jatuh ke riba lagi dah…dah tahap…matahari, marikh, mushtari ngan zurah sekali jatuh nih…Kalau aku tak terima tu maknanya otak aku dah mengalami kerosakan kekal akibat banyak sangat pikir pasal bunga tahi ayam tu…jadi aku kena minta budak Shark ni penampar aku sebanyak 250 kali…nak suh sedar…

 

"Gila best! Istana raja mana yang akak kena kemas ni?" Aku tanya dia lagi…

 

"Rumah saya…" Dia sengih…laaa!! Rumah dia ke…apsal mahal sangat nak bayar nih…

 

"Rumah tu sama besar dengan Stadium Old Trafford ke?"

 

Dia geleng kepala…"Tak…kondo jer…"

 

Kondo? Aku heran apsal mahal sangat nih…ntah-ntah budak ni buat bisnes black money ke…jual syabu ke…air ketum ke…mau 'ke dalam' aku nanti…

 

"Ada orang lain duk rumah tu?" Aku dah tanya cam inspektor sahab nih….

 

"Saya sorang jer…"

 

"Tak buat benda  pelik-pelik dalam tu kan…" Aku tengok dia ngan muka suspicious…

 

"Tak…sumpah!" Dia geleng kepala siap angkat dua-dua tangan cam orang nak angkat sumpah…aku gelak tengok reaction dia…budak ni aku boleh kategorikan sebagai pelik tapi benar!!

 

"So?" Dia tanya lepas aku abis gelak…

 

"Dalam banyak-banyak keje yang pernah akak buat kan…ni lah first time orang nak bayar mahal macam tu tau…imagine kalau akak keje 8 jam…tak ke kena bayar RM1600…"

 

"Saya boleh bayar...12 jam pun saya boleh…" Aku taulah dia kaya tapi takkan nak rembat duit anak yatim…berdosa!!!

 

Aku senyum…"Okey…rasanya akak keje 16 jam lepastu akak berhenti…"

 

"16 jam je?" Cam tak puas hati pulak aku nak keje 16 jam…aku takut dia kena berhutang pulak sebab nak bayar gaji aku nanti…

 

"Macam ni lah…RM200 tu mahal sangat…bayar seratus je lah…tu pun dah okey sebenarnya…" Aku pulak yang suruh dia cut gaji…ada ke kejadian macam ni kat mana-mana celah dunia ni…kira ajaib jugak tahap kebaikan aku nih…tak sangka lah! Tapi cam aku cakap tadi…dia ni anak yatim walaupun jauh lagi kaya dari aku…

 

"Okey…seratus…" Dia angguk kepala…

 

"Bila nak suruh akak start?" Aku takder problem setakat jadi orang gaji ni…masa keje fast food dulu pun aku pernah cuci tandas…lagi teruk sampai mula-mula aku buat keje tu…aku nangis sebab sedih gila…yerlah hidup cam anak terbuang cam aku ni kan terpaksa lah buat keje camtu…lagipun aku nak kumpul duit…nanti bila aku dah grad…aku boleh chow dari rumah nih…aku rela duk rumah setinggan dari kat sini…

 

"Bila cuti?"

 

"Last paper 15hb…hari khamis kot…"

 

"Then..hari sabtu tu boleh start.."

 

"Okey…"

 

Aku nampak dia seluk poket…pastu hulur kunci kat aku…

"Ni kunci rumah dengan resident card….villawangsamas…tingkat 11…"

 

Aku angguk lagi…"Rumah sendiri?"

 

"Tok Babah bagi…last year's birthday…" Pergh!! Bagi rumah hadiah birthday…agaknya banyak sangat kot harta berlebihan family dia ni…maklumlah 2 orang jer family members…tapi aku dengar dia ada lah 2 orang pakcik lagi…tu pun spesis bagi hadiah rumah gak masa birthday…Tok Babah dia tu tak nak bagi hadiah birthday kat aku ke?? Aku nak gi ngorat Tok Babah dia lah…

 

"Kem salam kat Tok Babah…" Aku cakap kat dia sambil gelak…dia senyum kat aku pastu masuk rumah…aku gi kat Odie…

………………………………………………………………………………………………

Posted at 10:06 am by NaSz-H
Comments (10)  

Thursday, October 23, 2008
~anaz~ (4)

"Kau ni per hal??" Aku tengking Lily...dia tau aku dapat 2 jeans sebab dia selongkar almari aku...pastu dia sibuk nak guess jeans tu...gila lah dia ni...

Dia campak jeans yang dia rempat hari tu kat atas katil aku...dia cakap tukar ngan guess jeans tu...

"Beli lah sendiri..." Aku still pegang dua-dua jeans yang aku dapat tu...

"Eleh...kau bukan beli pun..." Dia memang cakap ngan aku camtu...Nueq tu reti gak panggil aku kakak...

"Tapi ni orang bagi kat aku...bukan kat kau..." Aku jeling dia...

"Aperhal bising-bising ni?" mama marah kitaorang...dia dari bilik dia...Lily gi kat mama yang berdiri depan pintu...

"Ma...Lily nak pinjam jer seluar dia tapi dia tengking Lily..." punyalah lemah lembut dia cakap depan mama...siap pegang lengan mama lagi..

"Anaz...bagi jer lah...bukannya luak pun kalau dia pakai seluar tu..." Mama marah aku...

"Hari tu kan Anaz dah bagi..."

"Hari tu punya...Lily dah bagi balik...tu yang Lily nak pinjam yang lain..." Aku rasa cam nak bunuh diri jer dengar dialog bunga tahi ayam ni...talam bermuka-muka sungguh!!

Pinjam konon..pastu buat harta...

"Anaz...mengalah sikit boleh tak?" Mama marah aku lagi...

"Selama ni Anaz dah mengalah banyak ma...bukan sikit lagi dah..." aku balas cakap mama...mama datang kat aku...

"Ni lah budak kurang ajar...orang cakap bukan nak dengar...melawan jer tau..." Aku nampak jari telunjuk mama kat depan muka aku...aku dah lali ngan ayat tu...aku buat tak dengar jer...tiap kali aku tak bagi barang kat Lily jer...mama cakap aku kurang ajar...

"Anaz Syahirah..." Mama jerit nama aku sebab aku buat tak tau jer tadi...aku bangun...buat tak nampak mama depan mata...sangkut seluar dalam almari pastu kunci almari...kunci tu aku masuk dalam poket seluar aku ni....tutup lampu lepas tu naik atas katil walaupun baru kul 9...dapat tido awal aku malam ni...

"Good nite..." Aku cakap kat dia orang...

....................................................................................................................................

"Tak der ke orang nak ajak aku lari...aku dah nyampah duk rumah tu..." Aku tengok Odie yang tengah drive...kitaorang nak keluar makan...hari ni semua orang keluar kat rumah tu...aku dah keluar awal-awal...tu pun gi bertapa kat rumah Odie...cakap-cakap dengan mama dia...lagi best dari ngadap muka diaorang tu...

"Aku ajak...jomlah lari..."

"Tak nak lah...nanti lari sebelah rumah jer...aku nak lari jauh-jauh..." Dia gelak...

"Alaa...buat apa penat-penat nak lari...kau belasah jer lah budak Lily tu..."

"Kalau Lily tu jer tak per...ni mama aku lah...takkan nak belasah mama aku sekali?"

"Mama kau ni pelik lah...ni lah namanya...anak di hutan disusukan...kera...ehhh...anak kera...??" Dia blur...aku bantai gelak...

"Weii...kalau tak reti...tak yah lah susah-susah nak berbalas pantun ngan aku ni...BM kau dapat baper? ada ker anak duk kat hutan...kau ingat tarzan ke aper??"

"Alaa...asal kau paham dah lar..."

"Weii...kita nak makan kat mana?" Baru aku teringat nak tanya...aku tak tau dia dah bawa aku kat negara mana ni...

"Ikut jer lah..."

Tak lama lepastu kitaorang sampai kat satu restoran...cam night club pun yer gak...ni yang seram nak masuk ni...

"Odie kau nak jual aku ke??" Aku buat muka suspicious...

"Tak der maknanya...kau tu aku bagi free pun orang tak nak tau..." Aku jeling dia...pastu ikut dia masuk dalam...patut lah nampak macam night club sebab ada orang nyanyi-nyanyi kat sini...aku ni tak pernah makan kat tempat macam ni...habis-habis pun kat gerai tepi jalan...yer lah...tampung hidup ngan loan jer...mana ada duit nak makan kat tempat best-best...

Aku nampak Odie lambai kat satu meja...ada Nueq, Shark, Lily dengan member-member diaorang kat situ...hek...eleh...makan ngan bebdk ni ke? buang karan jer...aku ingat ngan saper tadi...nak-nak pulak ada Lily kat situ...hilang selera aku...

Aku duduk sebelah Shark...sebab ada kerusi kat situ...ntah apesal tiba-tiba Shark beralih kat kerusi sebelah dia...macam nak bagi aku duduk jer...patutnya dia duduk sebelah Lily tadi tapi sekarang aku duduk tengah-tengah antara Lily dengan Shark...hahaha!!!

"Sihat??" Shark tanya aku...apesal tetiba tanya aku sihat ke tak ni??

"Sihatlah...kalau tak akak tak datang..." Dia senyum dengar jawapan aku...dia lain sikitlah lepas sekolah ni...rambut pun stylo sikit sebab dulu kena rambut pendek...selama ni dia memang stylo pun...apa aku kisah!!

Pastu aku dengar diaorang cakap-cakap sebelum makanan sampai...Lily pun sibuk nak cakap ngan Shark...tadi dia ada tendang-tendang kaki aku...sebab nak suruh aku tukar tempat tapi aku buat tak tau jer...mampus lah!!!

Ada orang datang bawa kertas pastu bagi kat Shark...Shark senyum kat orang tu...

"Saper nak nyanyi??" Nueq tanya kat Shark...

"Akulah..." Semua orang tengok Shark masa dia jawab...biar betul budak ni...selama ni aku tau dia main gitar jer...tak pernah masuk bab nyanyi lagi...selamat ke tak aku duduk sini ni?? janganlah bumbung runtuh ke aper lepas budak ni nyanyi...

Relaks jer dia jalan kat depan pastu amik mic...muzik start...dia nyanyi lagu Chantek...sambil tengok Lily kot?? sebab mata dia ke arah aku ni...Lily kan sebelah aku...berkenan jugak dia kat Lily...lagi satu...suara dia best jugaklah...tapi kalau masuk Malaysian Idol...kena reject kot...hahaha!!!

hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersepatu serupa
tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa

kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
rambut hitam warna cokelat anak mata
membuat aku kurang fasih bila bicara

apakata kita ambil sedikit masa
untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab kedua dan seterusnya

chantek..
dirimu buat ku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu

dia..
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tuaku juga
dia..
bisa cipta yg gula dari yang cuka
pandai menukar yg duka kepada suka
dia..
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
dia..
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
dia..
setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
dia..
punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga

chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka
di jiwa...
oohhh chantekk..
sungguh aku cinta kamu

aku..
melihat kita bersama di hari tua
dia..
masih satu tiada empat tiga atau dua
dan walaupun kau sudah kepudaran rupa
kau tetap cantik padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan kita merdeka mampu bersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
anak kita dan ayahya semua sebulu
aku bilang kau chantek dan mereka setuju

chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka di jiwa...
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu...

..............................................................................................................................................................................

Budak-budak nih bantai gelak tahap tertonggeng-tonggeng dah masa Shark duduk balik kat kerusi dia walaupun tadi diaorang tepuk cam nak tercabut tangan...aku tengok budak berempat tu...Nueq, Odie ngan 2 orang member diaorang tengah gelak...Shark kat sebelah cool jer...dia dah tau kot yang budak-budak ni akan bagi reaction cam ni...

"Weii...mana jiwa offspring kau...boleh pulak kau nyanyi lagu tu..." Nueq cakap sambil gelak...

"Aku rasa Dexter bunuh diri hari ni sebab dengar fan dia dah tukar jadi camni..." Member dia pulak tolong sambung sambil gelak jugak...

"Aku rasa lagu tu best...aku nyanyi lah...yang korang ni pehal? bukan aku suruh korang nyanyi pun..." Shark balas cakap diaorang...bebudak tu dah berhenti gelak...betul gak...dia yang nyanyi...kita dengar jer...bukan dia suruh jadi backup dancer ke apa...huhu

"Tak lah...selama ni kau mana pernah nyanyi...goreng gitar selalu lah..." Odie pulak menyampuk...

Shark sengih jer...tak jawab apa-apa....

Kitaorang start makan...tadi busy tengok orang nyanyi...aku makan beef steak...lapar nih!! Lily kat sebelah aku macam tak wujud...dia tersengih-sengih sambil makan sebab Shark nyanyi lagu tuk dia...nak jer aku sekeh-sekeh kepala budak Shark nih...ada ke minat kat Lily tu...mereng ke apa??

Aku ingat balik lirik lagu yang dia nyanyi tadi...

'pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tuaku juga'

memanglah pandai jaga hati sebab bodek kaw-kaw...huh!!!

'bisa cipta yg gula dari yang cuka
pandai menukar yg duka kepada suka'

Tukar duka kepada suka??? what the...?? tukar suka kepada duka lara adalah!!!

'bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa'

Yang ni lagi lah...aduh!! dik non!!!...masakan apa yang budak Lily tu tau...cuba ko kobarkan kek den nih...aku nak tau gak...sebab selama aku duk serumah ngan dia aku tak tau pun dia boleh beza periuk ngan kuali...

'pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya'

Tak dedahkan kulit??? hari ni pakai skirt atas lutut...aku rasa mata Shark ni dah 'kero' lar...

'setia pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya'

Ni part paling tragik...selama ni...tak pernah basuh kain sembahyang...tak tau lah kalau dia rajin basuh kain sembahyang sendiri tapi underware dia campak dalam washing machine...tu pun aku yang tolong basuhkan...

'punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga'

Please...tolonglah kawin ngan Lily tu...pastu duduk jauh-jauh dari aku nih...sebab kalau lagi lama aku tengok dia...aku boleh dapat penyakit skizofrenia...

"Sebenarnya dari tadi nak cakap..." Shark tengok aku...

"Apa??" Aku angkat kening..

"Err...lawa jeans tu..." Dia tunjuk kat jeans aku...guess jeans yang aku dapat hari tu...

"oohh...ni orang bagi...tapi akak rasa lah...orang tu salah orang..." Aku gelak...dia senyum...budak ni memang jarang nampak dia gelak cam member-member dia tuh...aku tak tau apesal...sebab family dia kot...mak ayah dia meninggal masa dia umur 5 tahun...accident...tak ada adik beradik lain...duk ngan atuk dia yang Jeneral Bersara tu...dengar kata ...insuran nyawa mak ayah dia capai 6 kosong...pergh!!! gila kaya budak nih...nak jer aku kidnap...boleh aku pindah rumah pas dapat duit tebusan...cam best jer idea tu!!!

"Rasa macam tak salah sebab sama saiz..." Haaa!! lagi satu penyakit budak ni yang dapat aku kesan...dia cukup mengelak nak panggil aku kakak...rasa cam tak pernah kot...aku jer duk ber 'akak' ngan dia...cehhh!! kata nak jadi adik ipar walaupun aku tak approve budak Lily tu adik aku...camner tu???

"Alaa...ramai pakai saiz nih...apa kisah..." Aku suap makanan dalam mulut...dia pun sama...

"Err...err...free tak weekend ni??" Slow jer dia tanya aku...tak nak bagi budak-budak ni dengar kot...tapi bukannya diaorang dengar sebab masing-masing tengah busy usha awek kat meja sebelah...kepala dia budak Odie tuh...

Tapi apehal lak tanya aku free ke tak...

"Free...apsal??" Aku main jawab jer soalan dia tuh...

"Err...saya...errr...nak ajak..." Tergagap-gagap budak ni cakap...siyan pulak...aku rasa tadi dia bukan nak tanya aku free ke tak tapi nak tanya Lily...salah tanya kot budak ni...takper-takper akak kau ni faham niat kau tu...

"Nak ajak Lily keluar?? haa...dia free sangat...kalau keluar dari pagi sampai minggu depan pun boleh..." Aku tolong dia sambung ayat yang tergagap-gagap tuh...cakap jer lah nak ajak Lily...susah sangat ke?? aku lagi suka kalau Lily tu keluar tak balik terus...

"Ehhh...err...tak..." Dia macam serba-salah pulak...

"Eleh...akak tau...tak yah malu-malu...nanti akak cakap kat dia..." Aku senyum...dia serba salah nak balas senyum aku tu...

...................................................................................................................................

Posted at 04:27 pm by NaSz-H
Comments (11)  

Wednesday, October 22, 2008
~sweet sour pic ii~

~rumah joe~

~keta joe M5~

~M6~

~keta Lia~

~keta zarul~

~Domino's Aloha Chicken~

~cupcorn~

~chupachup~

~hahaha~

Posted at 05:10 pm by NaSz-H
Comments (5)  

~sweet sour pic~

  

~titiwangsa~

~Ferrari Joe masa langgar Lia~

~tioman island~

~kg juara~

Posted at 04:53 pm by NaSz-H
Comments (4)  

~anaz~ (3)

"Kau bagi jer ke?" Odie dah geleng kepala bila aku bagitau pasal Lily amik jeans yang baru aku beli...penat aku kumpul duit RM250 semata-mata nak beli jeans tu...kena keje waitress lagi bila tak der klas...dia pulak senang-senang jer suruh mama mintak ngan aku...dari aku kecik aku selalu kena bagi jer apa yang dia mintak...mama pulak selalu ikut cakap dia...aku heran lah!! aku ni anak mama tapi dia lagi sayang Lily ngan Nueq yang anak tiri dia tu...Nueq tu aku tak kisah sangat sebab dia tu tak melampau-lampau gunakan mama tapi minah tahi ayam ni...hangin tul aku!! suka hati dia jer mintak barang aku...apa dia ingat aku beli pakai tahi hidung ke aper???

"Terpaksa..." Aku jawab sepatah...tengok dia kat balcony rumah dia...aku pulak kat rumah aku...aku duduk ngan kaki aku jatuhkan kat celah-celah balcony tu...dia pun sama...pastu pegang besi balcony cam orang dalam jail...tiap-tiap malam kul 10 kitaorang cakap camni...selalunya pasal aku lah...sebab aku lagi banyak problem dari dia...

"Yang kau bagi tu apesal? bukan duit mama kau pun..." Dia pulak yang terlebih angin..

"Kau cam tak tau...dah mama aku sibuk nak suruh aku bagi...aku nak cakap apa lagi...aku kan anak mithali...anak yang sejati...waaaaa!!! aku nak nangis!!!" Mata aku dah berair...sebenarnya aku dah penat nangis...cam tak der benda nak buat...nangis! nangis! nangis! kalu tadah air mata tu dah lama leh tampung air rumah ni...jimat bil air...

Aku sapu air mata yang dua titik keluar tu...malas dah nak sambung nangis...

"Nangis jer lah...cam tak biasa pulak..." Dia baling choki-choki...terus sampai belakang aku...aku amik pastu masuk mulut...

"Tak nak...kali ni aku tak nak nangis..." aku cakap sambil makan choki-choki...

"Abistu...kau nak buat aper?"

"Aku nak gelak..." Pastu aku gelak kuat-kuat...lama lak tu...

"Naz...mengucap...tunggu jap..." Dia cam takut jer tengok aku camtu...

"Wehh...nak gi mana??" Aku sambung makan choki-choki sambil gelak...

"Amik buku doa..." Dia terus masuk dalam pastu aku nampak dia tertonggeng-tonggeng cari benda tu kat rak buku dia...betul ke dia nak cari buku doa ni?

Aku berhenti gelak sebab nak pikir pasal tu tapi sambung gelak balik...Odie dah keluar pastu duduk bersila kat balcony...siap tadah doa sambil pegang buku ...5minit pastu dah siap...

Aku sampai ternganga tengok dia..."Naz...aku dah doakan untuk kesejahteraan kau...pasni kau kena doa sendiri lak..."

"Nak lagi..." Aku nak choki-choki lagi...dia baling lagi 2...

"Naz...kau cakap jer...kau nak buat apa ngan Lily tuh...aku buatkan..." Dia cakap dengan seriusnya...

"Kau tolong campak dia dalam laut..." Aku main cakap jer...tak der makna apa-apa pun...anggap jer lah laut tu sama dengan longkak kat belakang rumah aku...

"Err...KL takder laut...benda lain lah..."

"Ntah paper lah...tadi beriya sangat...aku nak gelak lagi nih..." Aku pun gelak tapi hati aku still sakit...orang cakap laughter is the best medicine...saper buat ayat tu...penipu tul!!

...................................................................................................................................

Aku jalan cam tak makan 2 hari...pas Lily rembat aku nyer jeans tu...memang aku berapi-api kat dalam tapi tak leh tunjuk kat saper-saper kecuali Odie ngan Nueq...aku belasah Nueq malam tadi sebab sakit jiwa sangat...pas nampak Lily pakai jeans tu keluar ngan member dia...aku tak dapat adik dia...abang pun boleh jer...siyan budak tu, abis lebam-lebam lengan dia...kalu ikut hati aku ni nak jer aku belasah budak Lily tu tapi mama aku dah jeling semacam jer masa aku tak jawab soalan Lily pasal add math...ada hati tanya aku pulak tu...aku buat tak dengar jer...mampus lah!! gi lah study ngan mama!! dia kan anak mama!!

"Kak Anaz..." Aku nampak Nueq sengih...dia cuti seminggu jadi dia ada kat rumah...aku turun tangga...nak gi klas...ni lagi satu...dulu aku beria-ia nak duk kolej tapi mama tak bagi...dia cakap duk rumah jer lah...gi klas naik LRT...apa dia ingat senang ker? aku terpaksa naik turun LRT pastu bas lagi...tapi bila Nueq masuk matrik...mama boleh bagi satria Neo kat dia...aku hangin+sedih giler masa tu...Odie lah jadi mangsa terpaksa dengar citer aku sampai kul 3 pagi...sampai tertidur kat balcony...

Isu kolej tu aku dah malas nak gaduh ngan mama...aku ikut jer lah...patutlah dia suruh aku duk rumah...nanti aku leh jadi maid kat sini...sumer benda aku kena buat tapi elaun tak pernah kasi...dah tu pulak...terpaksa ngadap muka mama ngan Lily hari-hari...aku rasa aku dah sakit jiwa lah...

Nueq hulur kotak hadiah kat aku...aku kerut kening...

"Apa ni??" Aku tak sambut pun kotak tu pastu Nueq letak kat tangan aku...

"Ntah...jumpa kat luar...nama Kak Anaz kat kad tu..." Dia jungkit dua-dua bahu...

Aku buka kad yang lekat kat tepi bunga reben warna pink tu...Anaz...tu jer perkataan kat situ...aku pun bukalah...rasanya aku jer nama Anaz kat sini..aku pun buka lah kotak tu pastu keluarkan barang dalam tu...Guess Jeans...pergh! Monica Jean lak tu!

"Jumpa benda ni kat luar?" Aku tanya balik Nueq...aku tengah heran ni...

"A'ah...secret admire kot..." Nueq sengih lagi...pastu dia terus gi dapur...nak breakfast...saper lak yang hantar benda ni kat aku? betul ke tuk aku nih? mana lah tau ada orang salah rumah awek dia ker? tapi nama Anaz ni...awek orang tu nama Anaz gak kot...siyan dia...salah hantar...jadi ni kira aku punya lah!!! hahaha!!!

Tapi jeans?? orang tu cam tau-tau jer aku frust tahap tonggeng-tonggeng sebab benda alah nama jeans nih...ni kira kebetulan ke?

..................................................................................................................................

"Woii!!" Aku tegur Odie yang tengah lap cermin depan keta masa balik klas...aku tau dia ada satu klas jer hari ni...tu pun kul 9 pagi tadi...klas aku pulak abis kul 5...walaupun kitaorang lain universiti tapi aku tau sumer jadual dia tuh...Odie kat UM...dia pun duk rumah sebab dekat...lagipun dia ada gak kelisa tuh...aku nih apa pun tak ada...jalan kaki jer...

"Woii!!" Dia balas balik...aku masuk gate...

"Wei jap..." Dia panggil aku...aku gi kat pagar yang pisahkan rumah kitaorang...tengok dia tengah amik barang dalam keta dia...pastu datang kat aku ngan paper bag kat tangan...dia hulur paper bag kat aku...

"Apa ni??" Aku tengok pelik dia...

"Barang..." Dia jawab sambil angkat kening...

"Barang??" Ni yang buat aku curious nih...last time dia bagi barang ngan muka camtu ialah salah satu spesis katak kodok...dia cakap...mana lah tau katak tu frog prince!! aku baling katak tu kat dia balik...nasib aku ni tak takut ngan katak sebab masa aku kecik dulu pun...aku ngan dia selalu main tangkap-tangkap katak dalam longkang...

"Bukak jer lah...special nih..."

Aku tengok dia ngan anak mata...mamat ni ialah spesis homo sapien yang paling ngoks pernah aku jumpa dalam dunia...selamat tak aku nak bukak ni?? berdebar tapi aku bukak jugak...

Jeans?? dia bagi aku LEVI'S...lain sikit dari yang Lily rembat tuh...aku sengih...ni kali kedua aku dapat jeans hari ni...wah!! kira lucky day aku ke aper ni?

"Kau bagi aku jeans Odie...i love you lah...muah...muah..." Aku jerit sambil bagi flying kiss yang tak berapa ikhlas kat dia...

"Susah nak cari size tu tau...sekarang sumer orang slim-slim...tak cam kau..." Dia marah aku...

"Weii...aku pakai size 29 jer...bukan 39 pun..." Aku marah dia balik...dia gelak...

"Pasni...kau kena masak pastu suap aku makan...basuh baju aku...lipat baju...jemur baju...basuh keta...potong kuku aku...ngan korek telinga...tu jer..."

Aku angguk..."Okey...nanti aku pindah rumah kau..."

Double thums up dari Odie..."Set..." Dia cakap...kitaorang memang selalu cakap camtu...dari kecik lagi aku terpaksa layan perangai pelik dia tu...

"Odie...thanks..." Kali ni memang ikhlas aku cakap kat dia...aku senyum...

"No hal..." dia pun balas senyum aku...

..................................................................................................................................

Posted at 09:46 am by NaSz-H
Comments (14)  

Next Page